Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 22, 2010

Siapa Sebenarnya Melumurkan Lumpur Di Badan?

Pembangkang cuba rosakkan integriti hakim, mahkamah

KUALA LUMPUR: Tindakan pembangkang yang hendak menggerakkan wakil rakyat mereka berceramah di seluruh negara bagi memberi penjelasan mengenai perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai cubaan menjatuhkan untuk integriti hakim dan mahkamah.

Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Rohimi Shapiee, berkata tindakan pembangkang itu juga boleh menjadi subjudis jika menyentuh perkara yang belum diputuskan mahkamah.

"Ia satu tindakan berunsurkan politik dan mahu merosakkan integriti mahkamah serta ketelusan sistem kehakiman negara. Ia juga satu bentuk tindakan menghina mahkamah.

Berita harian Online

2 comments:

  1. Apakah satu kesalahan, mengupas isu2 semasa yang menyentuh keamanan dan kesejahteraan rakyat. UMNO dah buat kerja tersebut sejak dulu lagi dalam media2 mereka. Apakah masih ada lagi integriti dan maruah yang mahkamah di Malaysia ini ada. Banyak kes2 yang telah diputuskan, ahli2 UMNO sendiri pun tak setuju. Buka Blog Che Det dan Ku Li. Jangan hanya mereka menguasai kerajaan, semuanya boleh buat. Kalau pembangkang buat perkara yang sama, tindakan diambil. Saudara nampaknya seorang intelek, tetapi komen nampak sebaliknya.

    ReplyDelete
  2. Saudara MANSOR.

    Terima kasih di atas respond. Cuma saya rasa saudara sudah salah tafsir apa yang saya maksudkan "Siapa sebenarnya yang melumurkan lumpur di badan?"

    Maksud saya ialah "Bukan Pembangkang atau Hardliner yang merusakkan intergriti Kehakiman dan Mahkamah tetapi nampak jelas seolah Mahkamah dan Sistem Kehakiman sendiri yang merelakan menjadi Kuda Tunggangan Pihak-Pihak yang berkuasa"

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa