Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 22, 2010

Antara Persepsi Dan Hakiki

Saya sudah katakan yang memang banyak statements PemimpinPAS mengundang persepsi dan mendedahkan muka untuk dibelasah. Statements yang membawa keraguan Penyokong PAS seperti saya yang tidak terikat dengan Wala'. Tetapi apa pun pandangan Ahli PAS saya tidak tahu.

Di bawah saya PrtScr. dari blog papagomo dan itulah persepsi mereka. Jadi mereka memang berharap begitu di dalam kita bergomol dan harapkan keteguhan dan keyakinan. Tidak salah dan tidak pelik kalau papagomo dan rakan-rakannya yang lain menganggap dan mengharapkan begitu. Kalau dulu Dato' Asri, Hassan Adli dan Nakhaie lari meninggalkan PAS dan masuk UMNO, adakah mustahil bagi orang lain?

Dalam bab MP Australia itu, saya memang tidak senang dengan tindakan dan suara yang seolah mengganggu rumah tangga kita. Mereka tidak ada hak sebenarnya. Tetapi kalau suara yang mereka laungkan itu benar untuk keadilan, saya bangga. Setidak-tidaknya si Kafir di sana itu ada tercium busuk dari perundangan Malaysia dan Pemimpinya dan menyuarakan ketidak senangan hati mereka.

Cuma adakah mereka juga adil?

Dari blog PAPAGOMO

FAKTA - Haji Hadi Menunggu Masa Yang Sesuai Bersama UMNO Dalam Membela Islam Dan Melayu.



Itu adalah harapan dan persepsi papagomo. Benar atau tidak bergantunglah kepada takdir dan masa.

10 comments:

  1. bila plak hadi bela umno or puji umno

    kan ke utusan yg puji dri sndiri

    kau ni kan

    benci org [on biar le kerana allah

    bukan kerana nafsu kau tu yang tak penah puassss

    ReplyDelete
  2. Wartawan: "Datuk Seri, ekoran campur tangan Australia, ada kemungkinan atau tidak PAS mengambil langkah membuat bantahan?"

    Abdul Hadi: "Itu kita belum lagi membuat keputusan dan kita kena kaji dahulu, kita lihatlah. Sebabnya, dalam masa yang sama kita rasa malu nak bantah orang campur tangan jika kita sendiri ada keaiban. Cara yang lebih berkesan ialah kita memperbaiki diri kelemahan kita sendiri. Itu cara yang tepat. Dan kita kena siasat secara adil terhadap diri kita sendiri. Sebabnya, Islam mengharamkan kita membela kezaliman walau pun dari kalangan puak kita sendiri, negara kita sendiri. Konsep keadilan Islam adalah sejagat."

    ReplyDelete
  3. Anonymous kata " Bila plak Hadi bela UMNO or puji UMNO

    Kan ke utusan yang puji diri sendiri?

    Saya cadangkan Sdr/i Anonymous pergi ke link ini dan tengok rakamannya.

    mountdweller.blogspot.com/2010/02/hadi-atau-umno-yang-berganjak.html

    ReplyDelete
  4. Anonymous

    Memang kita di dalam keadaan yang serba salah. Di satu pihak mereka seolah menjaga tepi kain kita tetapi dalam waktu yang sama, mereka lebih nampak apa yang tidak kena yang ada pada kita.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Uncle..

    Allah maha mengetahui setiap kejadian yang berlaku.. semua di bawah kawalan-Nya..

    Maaf dah lama tak menghubungi uncle di sini.. apa khabar?
    semoga kehidupan uncle sekeluarga diberkati oleh-Nya selalu.. Insya Allah.. Amin..

    ReplyDelete
  6. Apakah susah sangat sampai nak kaji sokmo TGHH? Cakap saja lah 'Terima kasih' kpd MP-2 Australia tu kerana sudi menyatakan kebenaran & melawan kezaliman/fitnah besar terhadap DSAI...ATAU mintak tolong mereka janganlah sampai menyibuk/menyalak pasal kes mahkamah DSAI masih belum diputuskan. Kot nak ulas pun mintak MP tu komen pasal keputusan Mahkamah Perlembagaan mengenai status MB Perak BN.

    Kenapa susah nak bantah atau nak sokong kerajaan UBN dlm hal ni?

    Mungkinkah hasil perjumpaan gelap & perbincangan demi perbincangan, rundingan demi rundingan dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, tahun ke tahun, antara PAS-UMNO maka diputuskan segala kelemahan kerajaan UBN & PAS hendaklah mereka bersama-sama, pakat-pakat tutup? Cover-up?

    & bila nak buat keputusan PAS kena kaji dahulu & lihat adakah ia menjejaskan matlamat "MAJLIS SYURA", mengganggu 'kerjasama' dgn UMNO-BN pada masa akan datang?

    Dalam masa yang sama PAS rasa malu nak bantah orang lain campur tangan hal tersebut jika sendiri ada keaiban? Apakah keaiban itu kelemahan kepimpinan PAS Pusat yg didominasi oleh puak mereka? Keputusan JKD yg meragukan?

    Ya, begitu pun saya sokong beliau kata, cara yang lebih berkesan ialah 'kita memperbaiki diri kelemahan kita sendiri'. Dia & Mustapha Ali, Hassan Ali, Us. Nasha perbaiki diri mereka & baiki imej PAS yang dah tercalar kini? Ada? Kalau ada, ya, tu cara yang tepat. Tapi sebaliknya berlaku makin banyak masalah tak diselesaikan dgn bijak & tepat.

    "Dan kita kena siasat secara adil terhadap diri kita sendiri." ????

    Betul ke ada siasat? kenyataannya apa? Bila ada repot kepincangan dalaman pun disisihkan/tak dilayan seadilnya. Siasat apa tu?

    seterusnya beliau berkata, "Sebabnya, Islam mengharamkan kita membela kezaliman walau pun dari kalangan puak kita sendiri, negara kita sendiri. Konsep keadilan Islam adalah sejagat." --> hehe..sudah lah... keadilan? Dalam PAS pun dah makin zalim terhadap ahli sendiri & khianat kawan PR.

    "PERBINCANGAN dgn UMNO didahulukan, PERPADUAN dgn UMNO diutamakan" more likely.

    ReplyDelete
  7. Wa alaikumussalam T.

    Aah.. memang lama T tak jengok. Maklumlah sibuk makan angiiin..

    Alhamdulillah uncle dan famili sihat. Doakan T dan keluarga begitulah juga.

    ReplyDelete
  8. Hanz

    Ini memang benar

    "Dalam masa yang sama PAS rasa malu nak bantah orang lain campur tangan hal tersebut jika sendiri ada keaiban? Apakah keaiban itu kelemahan kepimpinan PAS Pusat yg didominasi oleh puak mereka? Keputusan JKD yg meragukan?

    Ya, begitu pun saya sokong beliau kata, cara yang lebih berkesan ialah 'kita memperbaiki diri kelemahan kita sendiri'. Dia & Mustapha Ali, Hassan Ali, Us. Nasha perbaiki diri mereka & baiki imej PAS yang dah tercalar kini? Ada? Kalau ada, ya, tu cara yang tepat. Tapi sebaliknya berlaku makin banyak masalah tak diselesaikan dgn bijak & tepat.

    "Dan kita kena siasat secara adil terhadap diri kita sendiri."

    Apa susahnya untuk menyatakan yang betul itu betul dan yang salah itu salah!

    ReplyDelete
  9. All the contents you mentioned in post are too good and can be very useful. I will keep it in mind, thanks for sharing the information keep updating, looking forward for more posts.
    plak beha

    ReplyDelete
  10. Excellent articles always attract readers to read, Your blog is great for anyone who wants to understand this subject more.
    plak bh

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa