Thursday, February 11, 2010

Apa Nih?

Hayya... lain soalan, lain jawapan!

Betulkah ini Pemimpin parti Islam? Kesian Ahli PAS Shah Alam!

Sila baca sepenuhnya dari sumber asal

Dalam pertemuan tersebut kira-kira jam 11.30 malam, hanya tiga soalan sempat diajukan kepada Abdul Hadi oleh anggota Dewan Pemuda, Dewan Muslimah dan Himpunan Penyokong PAS (HPP).

Soalan pertama berkisar tindakan PAS yang didakwanya "suka menghukum ahli berbanding menyelesaikan isu sebenar" iaitu kerajaan perpaduan dengan Umno.

Anggota dewan itu juga berkata, teguran Khalid terhadap Dr Hasan - yang menyebabkan beliau digantung - dibuat berdasarkan tindakan Dr Hasan yang dilihat lari daripada landasan Pakatan Rakyat.

Sementara soalan kedua daripada ketua Muslimat PAS Shah Alam, Zarina Dzulkifli menyentuh soal pendirian parti berhubung tahaluf siasi (kerjasama politik) bersama PKR dan DAP.

Manakala pemimpin HPP berbangsa Cina mengajukan soalan berhubung kegagalan PAS mendepani isu-isu berkaitan bukan Islam di Selangor.

16 comments:

mr edz said...

entahlah... perpaduang sungguh

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

asalamualikum ayahnda
kita sedang bermasalah
yang ada bengap
yang menunggu bangang
kena banyak parti oren nampaknya

Pekanbaru Riau said...

ASlmkm....
salam ziarah.. dari negeri seberang....

Anonymous said...

Saya rasa ada benarnya dengan cadangan Dr Hamzah dalam aksidakwah.blogspot.com agar ada orang tua menjadi orang tengah bagiu menyelesaikan isu ini. Hati saya tersentuh bila membaca postingnya yang terbaru mengenai hasratnya agar 2 tokoh ini bermaafan antara satu sama lain.

Ketua Polis said...

sabar sahabat...mungkin ada kebaikan di sebalik apa yg terjadi...berprasangka baik lah sesama jemaah.

mountdweller said...

mr edz

Uncle pun tak tahu apa nak kata.

mountdweller said...

Wa alaikumussalam anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

Yang peliknya takkanlah semua Pemimpin dan Pengikutnya begitu.

mountdweller said...

W' salam Pekanbaru Riau

Salam persahabatan disambut. Terima kasih sdr.ku

mountdweller said...

Anonymous

Masalahnya tiada usaha ke arah itu. Setidak-tidaknya ada cadangan.

mountdweller said...

Ketua Polis

Saya terima nasihat saudara. Terima kasih.

Kerana sayangkan jemaahlah menjadikan kurag sabar bila yang kat atas tu buat-buat bebal.

aZRoy said...

salam uncle,

entah la uncle, sebenarnya saya dah naik muang dengang geng2 perpaduang ni. ni berpadu padu, jgn susahkan parti, letak jawatan terus saja masuk umno, senang cerita kan.

mountdweller said...

W'salam aZRoy

Betul. Daripada menyakitkan kepala dan hati Pengundi dan Ahli lebih baik belah sajalah!

Anonymous said...

Kalau diorang ni ikhlas, apabila mendengar cemuhan yg semakin ramai di kalangan ahli dan penyokong PAS, cepat-cepat akan meletak jawatan dan adakan EGM.

Apabila makin kuat dipaut jawatan tu, semakin la nampaknya gila kuasa dan tidak memikirkan kepentingan parti tetapi hanya memikirkan diri masing-masing.

ir Anon

mountdweller said...

ir Anonymous

Saya tidak fikir mereka akan berundur sekiranya tidak diundurkan. Mereka terpaksa bergayut pada jawatan kerana kepentingan agenda yang mereka pikul.

Kalau mereka lepaskan jawatan maka semua agenda di dalanm kantung mereka juga akan terburai dan bersepai! Tak ada gunanya lagi

Anonymous said...

Sebelum ni lagi dah jelas bila sepatutnya dibuat EGM tapi hanya berani buat mesyuarat khas sahaja. Takut sangat hilang kuasa!

Abg Din bagaimana keadaan si menantu sekarang? Bagaimana agaknya keadaan PMBK di era selepas menantu? Anak2 dan menantu bagaimana sekarang? Agaknya lega sebab spotlight sudah tidak lagi pada diorang....

ir Anon

mountdweller said...

ir Anon

Mereka berusaha selama ini pun adalah kerana kuasa. Mereka sudah tentunya takut kehilangan kuasa.

Tentang menantu yang jadi 'Hantu' dan anak yang jadi 'Pontianak' sudah reda dan hampir lenyap. Keadaan yang agak melegakan ayahanda mereka. Dulu pun perkara tu timbul selepas lenyap seketika dan kemudian ditimbulkan pun, pada hemat Abang Din adalah kerana gara-gara penentangan idea UG oleh TGNA. Dan Husam pula kena tempias kerana dikatakan Exco yang paling dipercayaai oleh TGNA. Inilah akibatnya bila bayang nipotisma dan kronisma wujud di dalam pentadbiran.

Nik Amalina juga termakan umpan dan saling tuduh menuduh dengan Kickdefella yang rapat dengan Husam. Pada pandangan Abang Din memang ramai yang menjadikan diri mereka biang keladi di sekeliling TGNA sendiri. Bloggers pun ada.

Sekarang spotlight tertumpu menghala ke Royalti dan UG kembali. Bila akan sihat sejahtera entahlah.