Ada apa-apa usaha membantu mangsa yang cedera parah selain dari meminta membuat laporan? Tetapi sebaliknya yang lebih utama ialah Pembunuh Harimau itu akan diburu dan didakwa. Kesian!!
IPOH: Anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), yang menjalankan kerja-kerja mengesan harimau di Hutan Simpan Bukit Tapah di Sungkai dipercayai menyerang seorang Orang Asli pada Jumaat, terkejut apabila mendapati haiwan berkenaan mati petang ini.
Pengarah Perhilitan, Shabrina Shariff, berkata tujuh anggota, yang pergi ke kawasan hutan pada jam 8 pagi, menemui bangkai harimau itu pada jam 2 petang tidak jauh dari tempat mangsa diserang.
"Pemeriksaan anggota Perhilitan mendapati harimau jantan berusia empat tahun seberat 120 kg dan berukuran panjang antara 1.5 meter hingga 1.8 meter itu mempunyai kesan tembakan di badan selain kaki depannya putus akibat dijerut," katanya ketika dihubungi hari ini.
Shabrina berkata, beberapa bahagian anggota badan harimau juga dilapah.
Beliau berkata, harimau itu dipercayai diburu penduduk perkampungan Orang Asli itu sejak beberapa hari lalu dan terdapat perangkap jerat di kawasan hutan itu menyebabkan haiwan berkenaan bertindak ganas menyerang mangsa.
Bangkai harimau itu akan dibawa ke pejabat Perhilitan di Sungkai untuk pemeriksaan lanjut, kata Shabrina.
Beliau meminta mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang terbabit memburu haiwan berkenaan.
Dalam kejadian dua hari lalu, Yok Meneh Yok Din, 47, dari Kampung Ras, dekat Sungkai cedera parah selepas mendakwa diserang harimau ketika mencari petai di kawasan hutan berkenaan.
Dalam kejadian kira kira jam 1.30 petang itu mangsa yang mengalami kecederaan parah di belakang, kaki dan tangan namun sempat menyelamatkan diri selepas bergelut dengan harimau berkenaan. - Bernama
Salam Pak DIn
ReplyDeletesaya setuju..pembunuh harimau itu ditangkap dan diberi penerangan sebaik mungkin..kerana salah mengambil tindakan sesuka hati..harimau dan manusia adalah makhluk bernyawa ciptaan Allah... semuanya ada undang2... jangan terlalu cepat melatah sangat... harimau itu tak bersalah dan tak berdosa pun, dah sifat semulajadi harimau memang begitu...yang salah adalah manusia itu sendiri kerana alpa.
Tuan,
ReplyDeleteJawapan soalan Tuan : Manusia belum nak pupus lagi Tuan. Harimau adalah prioriti sebab populasinya semakin kurang.
Man
ReplyDeleteSaya tidak melatah. Saya pun adalah salah sorang Ahli Pencinta alam.
Cuma saya rasa kurang tepat dari segi laporan penekanan keutamaan dari berita antara manusia dan haiwan. Dalam hal ini memang manusia bersalah kerana mengacau habitanya.
Tok Rimau
ReplyDeleteBetul. Harimau hanya tinggal beberapa puluh ekor jer lagi. Manusia memang bersalah memburunya kerana harga yang mahal.
Cuma kesungguhan untuk membantu mangsa nampak macam tidak ada tetapi keutamaannya adalah harimau itu sendiri.
Salam Pak Din,
ReplyDeleteSaya bukan tuduh Pak Din yg melatah..maaf kerana menyebab Pak Din salah faham..
saya tujukan kepada kepada orang2 kampung atau pembunuh harimau itu yang terburu-buru mengambil tindakan cara emosi dan membelakangi pihak perhilitan. Perhilitan pula kerja menjaga hidupan liar kat hutan memang patutlah tindakan mereka begitu.
berkenaan mangsa harimau yang cedera parah tu dah memang dah jadi fardhu kifayah.. untuk orang sekitar dan pihak berwajib membantu apa yg sepatutnya.
lagi pun berita ni dari BERNAMA dan tajuk keutamaan pun berkaitan harimau yang di bunuh.
Lain kali kita suruh harimau-harimau yang buat kesalahan ni pi ambik kaunseling. Macam pelajar-pelajar nakal yang langgar peraturan di sekolah tu.
ReplyDeletehari hari mau
ReplyDeletesaya tak berani nak campo, sebut jer nama pak belang saya dah takut dah
ReplyDeleteMan
ReplyDeletePak Din pun mohon maaf. Pak Din salah tafsir.
Anonymous
ReplyDeleteKelas kaunseling pertama di dunia yang akan di kendalikan oleh Anonymous! Ha..ha.
Boleh dapat kontrak dari PERHILITAN untuk kaunseling segala Harimau dan Gajah. Dua jenis binatang inilah yang selalu membuat manusia huru hara dan dua jenis binatang ini juga yang membuatkan manusia kaya. Harimau RM30 ribu sekor.
bang usin
ReplyDeleteKita share sikit boleh?
Mak Su
ReplyDeleteApa nak takutkan. Mak Su kat KL, harimau nun di Taman Negara. Lebih baik Mak Su takutkan benda lain berwajahkan manusia!