Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 27, 2010

HiGOAT

Jumaat lepas semasa saya melintasi Kedai Kopi yang kami jadikan "Veteran Port", saya dipanggil oleh tuan empunya kedai yang saya nampak sedang bersembang dengan dua orang muda yang saya tidak kenali. Saya pun singgah dan duduk bersama mereka.

Rupanya mereka memperkenalkan Susu Kambing Debu proses yang dinama HiGOAT. Saya kemukakan beberapa soalan bagi saya adalah biasa tetapi bagi dua anak muda berpangkat executive ini adalah soalan luar biasa.

Selepas adingan soal jawab, nampaknya dua anak muda ini mengagumi saya. Sebabnya ialah mereka hanya menjawab soalan, bukan penerangan. Tapi sebaliknya saya yang berceramah.

Apa pun oleh kerana produk ini adalah produk Melayu dan mempunyai rancangan perniagaan yang adil dan berprinsip Islam, saya bersetuju menjadi Ahli dan mencuba produknya.

Setelah seminggu mencuba dan saya dapati ianya cukup elok dan berkesan pada diri saya serta Isteri. Saya bermasalah migraine dan Gastrik. Isteri saya masalah Darah Tinggi dan Migraine serta sakit sendi.

Alhamdulillah setakat ini setelah mengambilnya setiap pagi dan malam, sudah empat hari saya tidak perlukan ubat. Begitu juga dengan Isteri saya.

Jadi kepada sesiapa yang bermasalah dan dekat dengan kediaman saya bolehlah menghubungi saya sekiranya ingin mencuba. Sebenarnya saya bukanya ingin berniaga sangat tetapi setelah ianya memberikan kesan positif ke atas diri dan penyakit yang saya hidapi maka saya berniat untuk menolong saudara-saudara seIslam saya yang bermasalah pula.

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah hubungi saya di 019 9391355 atau email : selempang_merah@yahoo.com

Di bawah adalah khasiat mengamalkanya

Dan ini pula adalah senarai harganya

Untuk baca keterangan lanjut sila ke sini

5 comments:

  1. Salam Ayahanda,

    Promosi la pulak.., hahaha..

    Alhamdulillah.., abah saya menghadapi migraine dan gaout, sudah sebulan lebih mengamalkannya nampak perbezaan.

    Emak saya pula darah tinggi, buat masa ni tidak bergantung lagi dengan ubat hospital, baru sebulan dan masih menilai hasilnya, jika melepasi tahap 6 bulan bagus. Mungkin boleh hentikan pengambilan ubat hospital. Insyallah.

    ReplyDelete
  2. W'salam Anakanda Isa

    Selepas seminggu ayahanda minum, migraine ayahanda rasa lega. Cuma perut seakan meragam. Tapi bukan sakit gestrik.

    ReplyDelete
  3. hehehe.. saya pun jual.. memang bagus produk ni.. semuanya dari Allah

    ReplyDelete
  4. mr edz

    Pak Din belum jual lagi. Pakai sendiri dan famili dulu. Kesannya agak baik setakat ini.

    Kalau dah benar-benar rasa kesannya barulah Pak Din nak jual. Tak mahu tipu pelanggan.

    ReplyDelete
  5. nti jgn lupa add kt madi8777@yahoo.com

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa