Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 3, 2010

Ku Li Selepas Anwar?

Adakah Allah takdirkan tuduhan Saiful dan pendakwaan Anwar serta kesanggupan Ku Li berdiri di pentas PAS di Stadium Sultan Mohammad VI sebagai perintis jalan bagi membolehkan Ku Li pula mengambil alih pimpinan PR dan seterusnya menerajui gabungan pembangkang untuk meranapkan kuasa dan pemerintahan BN selepas PRU13 nanti? Adakah Allah jadikan segala kejadian dan episod itu sebagai pembuka ruang untuk Ku Li menjadi pelapis selepas DSAI sebagai pemimpin Gabungan Pembangkang?

Adakah Anwar akan terselamat dan Ku Li pula akan terpecat? Pada hemat saya peluang Anwar akan terselamat agak tipis jika berpandukan kaedah pertuduhan dan kepayahan untuk mendapatkan bukti pendakwaannya di Mahkamah Malaysia. Usaha pasukan pembelaan beliau tidak diberikan ruang yang sepatutnya. Maka episod ini seolah-olah akan mengulangi episod yang lalu. Mahathir tentunya akan kenduri besar sekali lagi sebab apa yang dituduhanya dulu bukannya sendiwara politik semata tetapi memang kenyataan!

Nasib Ku Li pula, Dirasai sekarang seolah pawana yang bertukar menjadi ribut yang akan mencampakkan Ku Li keluar dari UMNO. Selepas ini ke mana lagi haluan Ku Li seandainya beliau ingin lagi aktif berpolitik? Saya rasakan Ku Li tidak akan meninggalkan politik begitu saja. Pada saya sekiranya beliau ingin meninggalkan bidang politik, beliau akan pastikan beliau akan melakukan dengan meniggalkan impak yang besar di dalam sejarah politik Malaysia.

Nampanya gerak hati Wak Banjar ada persamaan dengan saya.

Di bawah pula satu petikan dari ulasan blog al-banjari yang bertajuk tusukan Hantu Raya.

Seandainya takdir menentukan drama ini berakhir dengan terpenjaranya DS Anwar, maka kita memerlukan seorang pemimpin baru untuk menerajui PR untuk terus mengkuburkan Umno/Bn. Siapa yang layak mengetuai PR ketika itu? Pada pandangan saya, tiada tokoh lain yang lebih bersesuaian menggantikan DS Anwar melainkan Ku Li. Memang benar, Ku Li masih berada di dalam Umno tetapi hayatnya di dalam parti kebangsaan itu tidak akan kekal lama walau pun sudah pasti Umno tidak akan berani memecatnya. Ku Li kini menjadi duri dalam daging buat Umno dan sudah tiba masanya Ku Li keluar dari Umno kerana sekadar menjadi duri tidak banyak melukakan Umno.

Ku Li boleh menunggu sementara di dalam Umno sehingga kita lihat nasib DS Anwar tidak lagi dapat diselamatkan. Walau pun ketokohan Ku Li tidak setanding dengan DS Anwar, tetapi sudah cukup untuk terus membenam Umno/Bn di dalam Pilihanraya Umum akan datang. Ku Li dihormati oleh PKR, DAP dan juga PAS. Ku Li dilihat tidak menjadi burung belatuk atau pengampu di dalam Umno seperti Tok Pa atau Awang Adek yang kedua-duanya anak Kelantan. Ketokohan Ku Li digandingkan dengan Tok Guru Nik Aziz pasti akan membuatkan Umno tidak boleh merasa lega jika DS Anwar terpenjara.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa