12 Mei 2012
KOTA BHARU - Muslimat Pas Kelantan percaya pengundi atas pagar akan memilih Pas dan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti berdasarkan pelbagai isu didedahkan berkaitan parti lawan.
Bagi tujuan itu, Timbalannya, Wan Ubaidah Omar berkata, pelbagai pendedahan membuka minda digerakkan di samping kecanggihan teknologi membolehkan pengundi tersebut mengetahui perkara sebenar di sebalik tohmahan yang dilemparkan kepada Pas.
Menurutnya, itu adalah supaya golongan dianggap penentu kemenangan dalam PRU13 memahami pergolakan politik yang sering digembar-gemburkan oleh pihak lawan sehingga rakyat mudah terpedaya dengan tuduhan berkenaan.
“Walaupun dipanggil pengundi atas pagar tetapi saya yakin di Kelantan mereka ini tetap memilih kepimpinan ulama, pemimpin bersih, adil dan diyakini dapat membimbing rakyat menerusi pemerintahan berlandaskan agama Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas, kajian menjelang PRU13 oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya yang mendapati 30 peratus pengundi tidak pasti parti yang menjadi keutamaan mereka yang dikategorikan sebagai pengundi atas pagar.
Terdahulu beliau merasmikan pembukaan Hot Pink Ladies Gimnasium di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa dan hadir sama semalam ialah Pengurusnya, Syafini Abdullah.
Wan Ubaidah juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Keluarga dan Kesihatan menegaskan, biarpun dicengkam tuduhan untuk menjatuhkan pemerintahan Pas tetapi rakyat di negeri ini masih menyokong pemerintahan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Rakyat sekarang sudah bijak untuk menilai isu-isu dikaitkan dengan pemimpin PR menerusi fitnah-fitnah bagi meraih undi dalam PRU. Mahupun penyokong setia dan pengundi atas pagar, mereka lebih waras dalam menentukan kebenarannya serta boleh memahami gerakan-gerakan yang dilakukan ini adalah semata-mata untuk memastikan PR tidak dapat menawan Putrajaya pada PRU13,” katanya.
Katanya, dengan sokongan semua kaum yang tidak memandang sebelah mata terhadap pemerintahan di bawah teraju kepimpinan sekarang, diyakini PR berpeluang mentadbir negara dan mengambil alih tapuk pemerintahan daripada Barisan Nasional.
“Saya yakin mereka ini mempunyai pilihan masing-masing dan sudah bersedia untuk mengundi sekiranya ia dilaksanakan dalam jangka masa terdekat ini,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa