Yang SPR buat bangang tak sudah-sudah tu apa hal.
Yang Mamak tua pencen tu dok melalak menuduh rakyat nak guling kerajaan dengan kekerasan melalui bersih tu pun satu jenis Baghal
Polis dengan statements bangangnya pun satu hal lagi.
Saja nak melencongkan isu sebenar yang sepatutnya diberikan perhatian dan diperbetulkan.
Jangan ingat rakyat semuanya bodoh.
Najib: Buat pilihan melalui PRU, tak perlu demo
15 Mei 2012
LONDON - Warga Malaysia yang tinggal di bandar raya ini berkesempatan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin petang, dan ramai daripada mereka berebut-rebut menyapa dan bersalaman dengan beliau selepas perdana menteri berucap, sebahagian besarnya mengenai hak dan tanggungjawab mereka dalam sebuah negara demokrasi dan pilihan rakyat melalui pilihan raya.
Najib berkata dalam mana-mana demokrasi akan ada mereka yang mengundi menyokong dan menentang, tetapi akhirnya, apa yang paling utama ialah pilihan rakyat.
“Rakyat Malaysia akan mempunyai pilihan itu. Kita telah membuktikannya. Anda tidak perlu mengadakan demonstrasi jalanan di Malaysia kerana jika diadakan juga, tidak dapat tidak akan timbul masalah, akan berlaku pertelagahan," katanya jelas merujuk kepada demonstrasi Bersih 3.0 di Kuala Lumpur bulan lepas.
Perdana Menteri berucap kepada kira-kira 1,500 warga Malaysia di sini yang sanggup melalui kesesakan lalu lintas di London untuk hadir pada majlis "Sepetang Bersama Perdana Menteri" yang diadakan di dewan konsert 02 Arena di Greenwich, timur London.
Najib berkata seseorang itu mempunyai hak untuk menyokong kerajaan atau pembangkang tetapi "anda harus melakukannya mengikut lunas undang-undang yang ada".
p/s : aku pun bukan setuju sangat dengan demo yang dibuat di London ketika lawatan Najib ni. Adab dan kematangan rakyat kita harus jaga. Itukan dalam majlis tertutup. Nak buat pun buatlah kat luar. Tempat terbuka.
p/s : aku pun bukan setuju sangat dengan demo yang dibuat di London ketika lawatan Najib ni. Adab dan kematangan rakyat kita harus jaga. Itukan dalam majlis tertutup. Nak buat pun buatlah kat luar. Tempat terbuka.
Salam,
ReplyDeleteDia tak ngok dan tak pekak. Dia tamak.