30 Mei 2012
SENAI – Mesej Twitter bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 bernilai RM520,000 oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar disifatkan tindakan terdesak dan menghina institusi diraja.
Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tindakan Mohamad Nizar itu adalah satu niat mengaibkan dan mewujudkan kebencian terhadap keluarga diraja Johor.
“Mana ada undang-undang yang menghalang Raja (Sultan) untuk memiliki harta, kerana ia hak peribadi.
Bagi saya Nizar ini terdesak dan mengambil kesempatan untuk mewujudkan kebencian terhadap golongan ini.
“Bagi saya, jika Nizar tidak puas hati, mengadaplah Sultan Johor dan mohon maaf. Saya yakin beliau tidak berani.
“Oleh itu, nasihat saya, Nizar jangan cuba nak mempolitikkan isu institusi diraja dan istana,” katanya kepada Sinar Harian.
Kelmarin, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayahanda baginda sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.
Baginda juga bertitah, bahawa pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar ataupun mana-mana pegawai Kerajaan Negeri.
Laporan media sebelum itu menyebut, nombor plat kenderaan WWW 1 berjaya dibida Sultan Johor dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.
Sultan Ibrahim mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat WWW 5 (RM220,000) dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memenangi nombor plat WWW 15 (RM24,200).
Sultan Ibrahim memang dikenali sebagai peminat kenderaan mewah dan baginda tuanku juga memiliki koleksi kereta antik dan model terbaru.

menteri kena tendang ni patut mengemukakan laporan perbelanjaan Sukan Komenwel tahun 1998 dulu yang sampai hari ni masih belum dibentangkan ... tak sedar ke yang dia sudah tidak dikehendaki lagi .., samada oleh kabinet apatah lagi oleh pengundi-pengundi di kawasan dia bertanding dulu
ReplyDelete