Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 18, 2012

Tak Berfaedah Atau Takut Terlondeh?

Alahai Abe Din...... banyak takutnya tu!
Muhyiddin: Debat dengan pembangkang tak berfaedah
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada guna untuk kepimpinan utama negara berdebat dengan pembangkang dalam sesuatu isu kerana pembangkang tidak akan mengubah pendirian tentang perkara yang mereka percaya.

muhyiddin yassin interview 100309 01"Kadang-kadang perbahasan dengan pembangkang mereka sudah menetapkan minda mereka dan apa yang kita buat tak akan diterima mereka dan tidak berfaedah," katanya menjawab soalan dalam majlis wacana dengan sekumpulan alumni universiti di Kuala Lumpur semalam.

Beliau diminta mengulas cabaran debat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dialu-alukan banyak pihak.

Menurutnya Muhyiddin, amalan demokrasi dalam negara tetap subur kerana kerajaan lebih gemar mengambil pendekatan menjelaskan isu-isu semasa terus kepada rakyat.

"Berani tak berani bukan soal berhadapan dengan mereka dan berbahas tetapi ialah dalam proses menjelaskan secara rasional.

"Kerajaan hari ini tidak bertindak atas dasar emosi. Kita bertindak atas dasar rasional untuk menjelaskan satu persatu (perkara)," ujarnya.

Menurutnya, penjelasan kerajaan itu juga adalah langkah melibatkan rakyat dalam pentadbiran negara yang merupakan sebahagian daripada proses demokrasi.

"Ada yang kata tak cukup penjelasan tapi itu boleh kita perbaiki.

"Pokoknya proses engagement (penglibatan) itu berlaku," katanya.

Beliau juga yakin masyarakat tidak menganggap Najib takut apabila tidak menyahut cabaran debat.

"Saya tak fikir orang akan mengatakan kita takut dan tak berani mengadakan perbahasan," katanya.

2 comments:

  1. Dalam debat bukan kita mahu mana2 pihak menukar pendirian di pertengahan debat atau di penghujung debat..setiap pihak harus tetapkan pendirian..debat adalah untuk rakyat yang memerhati untuk menilai..bodohh..

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Pandai evade issue jer Yiddin ni!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa