Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 30, 2012

Hanya Beruk-Beruk Gila Saja Yang Tak Senang Tengok!

Lebuhraya rakyat, Umno makin gelisah
Abdul Aziz Mustafa,30 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Projek Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai adalah tamparan hebat kepada kerajaan Umno setelah sekian lama mendera rakyat Kelantan, kata Datuk Mahfuz Omar.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, jika dibandingkan, sudah 18 tahun Lebuhraya Utara-Selatan disiapkan dan sepanjang masa itu juga pelbagai lebuh raya dibuat di sana sini, tetapi di Kelantan ianya dinafikan.

"Sudah 55 tahun perintah negara, tetapi tetap tidak mahu buat lebuh raya untuk rakyat Kelantan.

"Bila kerajaan dan rakyat Kelantan berpadu tenaga hendak buat sendiri lebuh raya itu itu, Umno begitu sakit hati dan marah," katanya.

Mahfuz menyifatkan pelbagai ejekan Umno terutama oportunis-oportunis politiknya terhadap projek itu sebagai bukti bahawa mereka begitu marah dan gelisah terhadap projek itu.

"Buruk sungguh perangai mereka. Sudahlah begitu keras hati tidak mahu membina lebuh raya untuk kemudahan rakyat Kelantan, bila kerajaan negeri itu berpadu tenaga dengan rakyat mahu membinanya, mereka marah-marah pula dengan melemparkan pelbagai tuduhan dan kata-kata yang semakin membuktikan lagi akhlak buruk mereka," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz melihat projek Lebuhraya Rakyat Kota Bharu - Kuala Krai itu menjadi tamparan yang lebih menyakitkan hati para pemimpin Umno apabila kosnya hanya RM1.8 bilion.

"Mereka meracau-racau dan mendakwa jumlah itu tidak cukup untuk membina lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu.

"Maklumlah, projek kerajaan Umno hebat-hebat belaka harganya. Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) umpamanya, dari anggaran asal RM1.1 bilion melambung kepada RM12.5 bilion seperti kata PricewaterhouseCoopers (PwC)," kata beliau sinis.

"Itu belum lagi ambilkira projek Scorpene yang melambung luar biasa harganya sampai tak berani hadiri inkuiri mahkamah Perancis yang menyiasat urusniaga itu," katanya lagi.

Kerajaan PAS Kelantan terpaksa mengambil tindakan membina sendiri lebuh raya itu memandangkan cadangan pembinaan itu kepada kerajaan Pusat sejak Rancangan Malaysia ke 5 (1986-1990) sehingga sekarang belum dapat dilaksanakan.

Pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dan R9 persimpangan bertingkat serta 2 buah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) itu dijangka menelan kos antara RM1.5 hingga RM1.8 billion.

Bertentangan dengan dakwaan Umno yang memperlekehkan pembinaan lebuh raya tersebut,  Jawatankuasa Teknikal dan Kewangannya telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari lima syarikat.

2 comments:

  1. Kah kah kah...

    Umno sakit hati sebab tak dapat projek tu.

    Lagi pun umno ni kan ke dah terkenal sebagai sebuah parti yang "BUSUK DARI KEPALA SAMPAI KE USUS"???

    Jadi tak heran la jika mereka busuk hati bila Kerajaan Kelatan nak buat projek TANPA bantuan KERAjaan bawah pusat.

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  2. Tolong siarkan AKAUN BANK untuk projek leboh raya tu.Saya pun nak wakaf.Kot-kot di akhirat nanti ALLAH tanya ..."apa sumbangan kamu kepada kerajaan PAS Kelantan dalam projek LEBOH RAYA ??????? Kelu lidahku nak jawab nanti.RM 10.00, RM 100.00, Rm 1000.00 ibarat susunan batu bata. Tahniah TOK GURU.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa