Batu dan telur berterbangan lagi di ceramah Pakatan Rakyat malam ini, mengakibatkan seorang warga emas cedera di kepalanya.kerinchi pantai dalam pkr ceramah 250512Insiden itu berlaku kira-kira jam 11 malam ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap di satu majlis ceramah di Apartmen Pantai Permai, Kuala Lumpur, yang terletak dalam kawasan parlimen PKR di Pantai Dalam.

Menurut saksi, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan.

Ia berlaku kira-kira 30 minit selepas bekalan elektrik ke majlis ceramah itu didakwa telah disabotaj dan disambung semula secara tergesa-gesa.

Bagaimanapun, keadaan di majlis ceramah itu tenang dan Anwar meneruskan ucapannya.
pantai dalam kerinchi pkr 240512Sebelum itu, kira-kira 9 malam, kira-kira 80 orang yang berpakaian baju-T merah, berkumpul di luar tempat Anwar berceramah, sambil melaungkan  "Tibai (Tolak individu Bernama Anwar Ibrahim)."

Ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu di mana ceramah Pakatan menjadi sasaran balingan batu dan telur. Sebelum ini ia berlaku di Merlimau, Melaka pada hari Sabtu.

Dalam insiden itu, warga emas yang menjadi mangsa itu diusung penyokong yang lain dari tapak ceramah dan dibawa ke hospital dalam keadaan separa sedar.

Ekoran insiden itu, penyokong PKR berarak ke arah penyokong Umno yang berdiri berhampiran pagar kuarters DBKL dan kedua-dua penyokong hanya dipisahkan pagar di Kuarters DBKL Pantai Permai.

Polis yang berada di tapak ceramah cuba mengawal keadaan namun penyokong PKR yang kini hanya beberapa meter dari penyokong Umno terus dibaling telur dan botol air mineral dari arah penyokong Umno.

Di pentas ceramah Umno, menyaksikan personaliti kontroversi Ummi Hafilda Ali menghiasi pentas ceramah yang berjaya menarik kira-kira 200 orang pendengar.

Ummi tidak berceramah secara berterusan tetapi menunggu penceramah di pihak PKR bercakap sesuatu isu dan kemudian membidasnya secara spontan - dengan pembesar suara dihalakan ke arah tapak ceramah PKR.

Sementara itu, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis dturut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan sewaktu Anwar berucap.

Menurut ibunya, Adita Ketek, klinik yang memeriksa anaknya memintanya membawa Nurul Balqis ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana dikhuatiri patah tangan akibat insiden itu.

Ceramah berakhir dengan bacaan doa dari Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sekitar jam 12 malam.



Ketakutan mereka teramat sangat dan ini adalah antara sebabnya...


BN Cemas, Jika Kalah Ramai Yang Akan Ke Penjara
Semua pemimpin BN tahu jika mereka kehilangan kuasa selepas PRU13 nasib masing-masing tidak keruan. Sebahagian akan ke mahkamah atas dakwaan mempunyai wang yang berlebihan hingga boleh memberikannya kepada artis seksi dan sebahagiannya pula terpaksa ke mahkamah atas dakwaan penyalahgunaan kuasa.Itulah sebabnya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika baru-baru mengambil alih jawatan PM, antara ucapannyadi hadapan perwakilan UMNO ialah "kita akan pertahankan Putrajaya hingga ke titisan dara terakhir".

Kata-kata ini ada kaitan denga ketakutan yang amat sangat pemimpin BN terhadap kehilanga kuasa. Lebih-lebih lagi selepas PRU12 BN sudah merasakan mereka tidak kebal dan rakyat boleh memilih parti mkana yang mereka suka, membolehkan BN tumbang di lima buah negeri.

Bukan main gelabah UMNO, parti terbesar di dalam komponen BN menerima keputusan PRU12. Mereka hairan mengapa akhbar dan media eletronik yang selama ini merupakan "sebahagian dari parti komponen BN" gagal memberi kelebihan kepada BN di dalam PRU12.

Disebabkan itu, pelbagai desakan bermula menyerang kepimpinan Pengerusi Bn ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ia bermula di Johor dan kemudian diikuti pelbagai pihak hinggalah Abdullah melepaskan jawatan PM tersebut kepada Najib.

Dalam keadaan sebegini, dengan mood rakyat yang tidak berpihak kepada BN kepimpinan BN sudah dapat merasakan mereka bukan sahaja memerlukan akhbar dan media elektronik, malahan buat pertama kalinya blogger dan media baru seperti mendapat pengiktirafan yang amat istimewa.

Najib dan Muhyiddin Yassin sudah pun ada akaun FB dan tweeter. Mereka akan menggembar gemburkan jumlah yang menjadi rakannya tetapi tidak diketahui apakah mereka yang menyertainya itu sudah boleh mengundi atau tidak.

Dalam nanar dan kepeningan yang amat sangat, media massa memberi gambaran kononnya sokongan anak muda sudah kembali ke pangkuan BN.

Tetapi pelbagai tragedi dari pihak mahasiswa dan beberapa perhimpunan yang disertai anak-anak muda, jelas BN masih belum berada dalam zon selamat.

Itulah sebabnya apabila Mursyidul Am PAS, Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz membuka mulut kesediaan muzakharah mereka berlumba-lumba memberi kenyataan, walaupun berbagai bunyinya tetapi memasang satu harapan, mahu PAS meninggalkan KeADILan dan DAP.

Pada perkiraan Najib, jika PAS masih bersama Keadilan dan DAP, sokongan masyarakat Cina memang berpihak kepada Pakatan Rakyat dan harapan untuk BN kembali mengekalkan kuasa amat tipis. - Safar Jumaat/ Kelab Greenboc