Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 18, 2012

Nada Lunak Tunku Abdul Aziz Selepas Keluar DAP

Haa... Apa macam?

18 Mei, 2012 18:52 PM

Najib Buat Kerja Betul Dan Patut Disokong, Kata Tunku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Bekas naib pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim Jumaat berkata kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak harus disokong dan patut diberi peluang dan masa bagi menjayakan program-program transformasi yang sedang dilaksanakannya sekarang.


Bekas pemimpin DAP yang bertindak keluar dari parti itu Isnin lepas kerana mempertahankan prinsipnya menentang demonstrasi Bersih 28 April, sekali lagi mengulangi pandangannya bahawa program transformasi yang dimulakan Perdana Menteri adalah baik untuk negara.


"Apa yang Perdana Menteri buat sekarang ini adalah betul, jadi kita kena sokong dia," katanya sambil menambah kata bahawa transformasi yang Najib usahakan adalah suatu proses untuk perubahan yang sudah tentu mengambil masa.


"Proses dari segi definisinya pun kena ambil masa sikit. Proses, bukan produk...produk boleh keluar terus, awak pergi Tesco (pasar raya) boleh beli (barang)," katanya sambil menegaskan ini termasuk usaha pentadbiran Najib untuk menambah baik proses demokrasi negara.


Diminta pandangannya sama ada kepimpinan Najib akan mendapat sokongan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang kerana perubahan-perubahan yang sedang dibawanya, Tunku Aziz berkata: "Saya bukan penganalisa politik dan tidak mahu membuat spekulasi."


-- BERNAMA

1 comment:

  1. Kah!kah!kah!

    Hilang kabus tampak(nampak) lah dia...........

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa