Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 30, 2012

Buat Apa Azmin Buang Masa Layan Raja Putar Alam Ni?

Published: Rabu Mei 30, 2012 MYT 11:10:00 AM
Updated: Rabu Mei 30, 2012 MYT 11:12:21 AM
Azmin Nafi Dakwaan Raja Petra
PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau terlibat dalam siasatan kes rasuah bernilai jutaan ringgit.
Selain itu Mohamed Azmin turut menyifatkan pendedahan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan kes rasuah membabitkannya dihentikan pada 1995 adalah tidak berasas.
"Tidak berasas, 17 tahun dulu. Baca buku Datuk Shafee Yahaya bekas Ketua Pengarah BPR (Badan Pencegah Rasuah)," katanya menerusi akaun twitternya pada Rabu.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap teman twitternya mengenai kes rasuah yang didedahkan Raja Petra Kamaruddin yang berlaku 17 tahun lalu sewaktu beliau menjadi Setiausaha Sulit Anwar.
Media pada Rabu melaporkan Pengarang portal Malaysia Today itu mendakwa Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika itu mengarahkan BPR tidak mengambil tindakan lanjut (NFA) ke atas Mohamed Azmin dan menghapuskan fail siasatan walaupun mempunyai cukup bukti untuk menahan dan mendakwanya.
Raja Petra berkata, maklumat itu diperoleh daripada seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyerahkan dokumen sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi itu di London bulan lalu.
Sementara itu dalam reaksi lain terhadap seorang lagi pengguna twitter, Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak menggambarkan bahawa dakwaan yang turut mengaitkan beliau dan isterinya, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek adalah fitnah.
"Persetankan mereka. Nabi Musa dan Nabi Yusuf juga difitnah. Saya manusia kerdil. Pohon kekuatan dari Allah SWT," katanya.
"Saya hanya insan kerdil. Dosa saya ialah saya lawan Umno," kata Mohamed Azmin dalam tweet balas kepada seorang lagi teman twitternya.

1 comment:

  1. Ish!ish!ish!ish! Besau nyer dia!!!!! Ada ker bekas pegawai kanan BPR beri laporan kepada si putar alam ni? Bodoh-bodoh aku ni pun tak caya. patut dokumen tu diberikan jer kepada SPRM, baru lah jadik! Hebat! Hebat si putar alam ni beraksi untuk dapatkan kredibiliti yang dah hilang tu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa