Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 23, 2012

Ingatkan Dipilih Sebagai Presiden Ni Cerdik, Rupanya Taraf Lembu Juga!

Kecam Fauzi masuk PAS 'pemikiran lapuk' Umno

Harakahdaily,23 Mei 2012
SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Selangor menyelar sikap pihak tertentu yang memandang negatif penyertaan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari ke dalam parti PAS.

Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzuan berkata pandangan Persatuan Bekas Polis Malaysia, kononnya tindakan Fauzi menyertai PAS itu mengkhianati kerajaan adalah pemikiran ‘lapuk dan kuno’ yang diterapkan Umno BN.

"Apakah tiada lagi nilai kebebasan bagi bekas-bekas penjawat awam untuk memilih halatuju pegangan politik mereka sedangkan mereka sudah bersara daripada jawatan lama mereka?

"Sudahlah semasa memegang jawatan diperlaku seperti hamba abdi yang perlu sentiasa mematuhi arahan tuannya, adakah sesudah bersara pun dimestikan mengikut telunjuk bekas majikan lagi," soal Hasbullah.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri semalam yang menyifatkan langkah yang di ambil oleh Datuk Fauzi sebagai mengguris hati bekas-bekas polis dan dianggap pengkhianatan kepada kerajaan.

Mengulas lanjut Hasbullah berkata, sebagai orang yang pernah menjawat jawatan yang paling kanan di dalam PDRM, Fauzi sudah semesti maklum tentang sejarah perjuangan PAS sebelum membuat keputusan untuk menyertainya.

"Apakah negara Malaysia ini masih mengamalkan amalan ‘politik rimba’ ataupun sebahagian rakyat Malaysia masih lagi dijajah dengan pemikiran-pemikiran manusia zaman jahiliyyah," soalnya lagi.

Sehubungan itu, beliau meminta kepada pihak-pihak yang masih dijajah mindanya oleh Umno BN, melihat perkembangan semasa di mana semakin ramai bekas penjawat awam menyertai PAS dan Pakatan Rakyat.

"Kita harap Datuk Fauzi tidak perlu melayan dengungan ‘langau-langau’  Umno dan Barisan Nasional serta mendoakan semoga Datuk Fauzi akan terus istiqamah di dalam membantu PAS dan Pakatan Rakyat untuk melakukan perubahan terhadap pemerintahan negara ini," katanya.

2 comments:

  1. Apakah bila seseorang itu berkhidmat dgn penguasa dia mesti patuh dan taat(HAMBA) sampailah dia diusung ke lubang kubur??? Soal khianat dan mengguris hati pihak tertentu TIDAK TIMBUL SAMA SEKALI. Dato' Fauzi berhak sebagai seorang warga muslim untuk memilih tapak perjuangan. Telitilah ucapan Dato'Fauzi.. yang begitu komited dengan perjuangan untuk Islam. So presiden bekas polis janganlah cakap sembrono tanpa ilmu. Dato Fauzi itu mempunyai fikrah tak macam tuan presiden. Sepatutnya bila dah bersara pi hadiri majlis2 ilmu akhirat..itu nanti yang dapat membantu persiapan bertemu Allah.

    ReplyDelete
  2. FAUZI LUPA PAKATAN HARAM MENGGELARKAN POLIS SEBAGAI ANJING

    RUPA-RUPANYA FAUZI NI GILA JAWATAN JG SANGGUP JILAT AIR LIUR PEMBANGKANG

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa