Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 16, 2012

DAP Tiada Tempat Untuk Melayu?

Katanya.. Dalam DAP tiada tempat untuk Melayu?
16 May 2012
Tunku Aziz Tunku Ibrahim telah keluar dari DAP, itu keputusan hasil dari pertimbangan rasionalnya dan itu telah menjadi sejarah. Dan ingin kita titipkan sejarahnya disini:


Pada 23 Ogos 2008, Tunku Aziz menyertai DAP dan dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP.
Pada 31 Mei 2009, Tunku Aziz mengangkat sumpah sebagai Senator Pulau Pinang di Dewan Negara.


Tunku Aziz pernah berkata, beliau telah memerhatikan parti itu (DAP) selama lebih 20 tahun dan mendapati ia tidak pernah berganjak dari sesetengah nilainya yang beliau kongsi bersama seperti usaha menentang rasuah secara menyeluruh.


I feel that I trust the people around me and what the party stands for. (Saya rasa saya percaya dengan orang-orang di sekeliling saya dan (percaya) dengan apa yang diperjuangkan oleh parti),” Tunku Aziz ketika ditanya mengapa memilih DAP.


“Apabila saya lihat perubahan yang dibawa oleh DAP benar-benar serius, dan saya dapat rasa kesungguhan mereka yang mengutamakan Malaysia untuk rakyat Malaysia, saya puas hati dengan keputusan saya untuk bersama DAP,” jawapan Tunku Aziz tentang mengapa memilih DAP ketika diwawancara oleh Roketkini.com.


Jelasnya, Tunku masuk DAP kerana setuju dengan dasar parti dan setuju dengan perlembagaan dan perjuangan parti. Ini fakta sejarah yang tidak boleh diputar belit oleh mana-mana pihak.


Pada 26 April 2012, Tunku Aziz secara terbuka menolak penganjuran Bersih 3.0 di Dataran Merdeka atas alasan peribadinya dengan mengatakan ia melanggar undang-undang, ia bakal menimbulkan kekacauan.
Pada 14 Mei 2012, Tunku Aziz umum keluar DAP melalui satu rancangan wawancara TV.


Katanya… setelah Tunku keluar parti maka mubaligh-mubaligh UMNO berkokoklah bahawa inilah bukti tiada demokrasi dalam DAP, Melayu tiada tempat dalam DAP dan jiwa Melayu tak cocok dengan DAP.
Berkendurilah sekalian pecacai UMNO dalam isu ini hingga tidak nampak mana betul mana yang silap berkenaan dengan peristiwa ini.


Pertama, isu ini bukanlah isu perbezaan ideologi atau dasar parti. Maka isu sebenarnya adalah perbezaan pendapat peribadi dengan pendapat parti secara kolektif. Isu ini adalah isu ranting, dan perbezaan pendapat dalam isu ranting ini pada hakikatnya tidaklah melibatkan persoalan dasar parti seperti mana kes Zaid Ibrahim letak jawatan sebagai Menteri dalam Kabinet Pak Lah dahulu.


Jadi Tunku keluar parti DAP kerana beliau secara peribadi tidak boleh berbeza pendapat dalam isu ranting dengan parti. Ini kenyataannya.


Kedua, Bersih bukan dianjurkan oleh DAP atau Pakatan Rakyat atau hak milik mana-mana parti. Sebaliknya Bersih dianjurkan oleh NGO yang didukung oleh rakyat. Bersih hak milik rakyat, apa yang diperjuangkan Bersih adalah perjuangan rakyat.


Pandangan peribadi Tunku dalam isu ini adalah pandangan yang bertentangan dengan hasrat dan perjuangan rakyat dalam Bersih.


Bantahan Tunku itu bukan kepada DAP, sebaliknya kepada gerakan NGO Bersih dan rakyat. Oleh kerana DAP menyokong Bersih dan perjuangan rakyat, maka pendirian Tunku bertentangan dengan perjuangan parti yang selama ini membela hak rakyat
.
Katanya.. Najib Razak mengalu-alukan pendirian Tunku dalam hal ini hingga beliau secara peribadi beranggapan bahawa Tunku ‘seorang yang sangat berprinsip’. Maksud tersirat Najib ialah selama Tunku Aziz bersama dengan DAP, beliau tidak berprinsip. Hanya selepas keluar dari DAP, barulah Najib anggap Tunku berprinsip.


Telah lebih 20 tahun Tunku memerhatikan dan mengenali DAP tetapi tidak sampai sebulan, rasionalnya padam dek emosi. Ini tragedi yang menyedihkan bagi para demokrat.


Yang pasti, DAP hanya menegur Tunku kerana kenyatan Tunku bertentangan dengan hasrat rakyat. Sebagai demokrat, Tunku juga sedar jika beliau berhak bersuara, maka DAP juga berhak bersuara. Itu hak bersuara yang adil namanya.


Yang pasti, Lim Guan Eng tidak akan dijemput oleh mana-mana stesen TV untuk menjelaskan pendirian DAP atau setidak-tidaknya menerangkan isu perbezaan pendapat Tunku Aziz. Itu realiti media massa yang tidak adil di Malaysia.


Jadi tak timbul isu DAP tidak demokratik atau isu tiada tempat orang Melayu dalam DAP kerana ini pendirian Tunku Aziz bukan isu organisasi DAP atau perlembagaan DAP


Katanya..Tunku Aziz menyatakan bahawa beliau tetap bersetuju dengan dasar parti yang merangkumi aspek ekonomi, sosial dan politik walau pun beliau merajuk tidak mahu kembali kepada DAP selepas parti secara terbuka menyatakan mahu beliau kekal sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan.


Kita ucapkan selamat maju jaya kepada Tunku dalam perjuangannya. Roketkini.com

2 comments:

  1. http://sugar-brain.blogspot.com/2012/05/ceritera-afdhaluddin-zainuddin-beserta.html

    Read & Expand

    ReplyDelete
  2. http://sugar-brain.blogspot.com/2012/05/ceritera-afdhaluddin-zainuddin-beserta.html

    Read & Expand

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa