Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyuarakan "keraguan yang serius" terhadap janji-janji pilihan raya pembangkang.

Bercakap kepada pemimpin perniagaan di Invest Malaysia 2012, beliau berkata pendekatan "populis" hanya menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat hanya berminat untuk memerintah.

Sehubungan itu, katanya, beliau meragui janji-janji Pakatan tersebut, termasuklah janji untuk mengurangkan terus harga petrol jika memerintah.

Malah, tegas Najib, tidak ada seorang pun di dunia yang berbuat demikian.

"Kami telah membelanjakan RM2 bilion sebulan untuk subsidi (petrol) dan jika kita naikkannya kepada RM3 bilion atau RM4 bilion, apakah akan jadi pada kewangan kita?"