Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 17, 2012

Dia Manusia Yang Di Dalam Ketakutan Sebenarnya!

Mahathir tabur baja subur kebencian kepadanya

Mohd Sayuti Omar,17 Mei 2012

Itu bekas PM Mahathir Mohamad sensitif sangat dengan bau ketiak orang yang tidak menyokong partinya tetapi mati deria bau dengan ketiak agensi atau pun orang menjadi cina buta kepada parti Umno. Semalam dia mengkritik Majlis Peguam yang kononnya banyak bercakap mengenai politik dan bukan soal profesionnya.

Lantas itu beliau berpendapat cara majlis itu tidak wajar kerana ia mengelirukan orang ramai. Tetapi saya yakin kalau Majlis Peguam bersikap membela kerajaan dan mengkritik pembangkang, Mahathir akan jadi macam tikus kesejukan yang jatuh dalam tempayan beras, diam membisu seribu bahasa dan akan menggosok-gosok belakang presiden Majlis Peguam kerana tindakan itu menguntungkan Umno.

Semua boleh ditengok dan ditilik apa yang sedang berlaku. Polis, SPR, DBKL dan segala macam agensi kerajaan yang seharusnya tegak di atas prinsip undang-undang sebagai badan awam dan tidak berpihak, tidak pun ditegur Mahathir walaupun badan-badan berkenaan jelas berat sebelah atau cenderung kepada Umno.  Kalau Mahathir cuba hendak menunjukkan dia seorang yang adil beliau harus menegur sama pihak-pihak lain yang memberi sokongan paksa kepada Umno.

Segala macam kemudahan kerajaan dan agensinya digunakan untuk Umno. Lori, kereta, motor kerajaan pun digunakan untuk menyokong Umno. Ambulans yang digunakan untuk mengangkutkan orang sakit juga dicabuli Umno. Pegawai kerajaan yang tidak berdosa atau menyertai Umno juga diheret macam mengheret kuda ke luat untuk berada dalam majlis Umno.

Apakah ada kritikan daripada Mahathir? Tidak ada apa-apa komen dari Mahathir. Kedua biji mata Mahathir buta dari situasi itu dan seluruh indra nafasnya juga tepu dan mati dari segala itu. Selaku negarawan Mahathir sepatutnya waras dalam hal ini. Dia seharusnya telah melepaskan negara ini kepada rakyat dan Umno tidak perlu lagi dicampuri olehnya. Cukuplah 22 tahun menjadi PM.

Mahathir mungkin terkilan kalau orang terkedu dan mengkritiknya atas perbuatannya itu, tetapi beliau harus sedar kemarahan dan kritikan umum kepadanya itu kerana sikap dan stail beliau juga.

Perasaan syok sendiri, merasa pandai dari orang lain menyebabkan Mahathir menjadi tidak relevan mirip-mirip sudah nyanyuk. Tindakan membela Umno dengan meneruskan taktik dan strategi diguna sebelum ini menggunakan polis dan badan awam lain memburukkan lagi Umno.

Gara-gara itu walaupun sesetengah teguran dan pandangan Mahathir benar, tetapi orang tidak akan mempercayainya, maka jadilah segala teguran dan kritikan itu baja untuk menyuburkan kebencian umum kepada bekas PM itu.

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa