Mahasiswa harus menunaikan tanggungjawab sebagai penuntut ilmu di institusi pengajian tinggi sebelum berpolitik, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata walaupun kerajaan tidak menghalang mahasiswa untuk menceburi politik, mereka perlu memperkasakan diri dengan pelbagai ilmu semasa pengajian masing-masing."Hak untuk bertentangan dalam politik (dalam kalangan mahasiswa), harus kita terima. Jangan kita katakan semua mesti menyokong (kerajaan).
"Kita boleh berbeza pendapat. Tetapi tanggungjawab kita mesti mengikut suasana dan tanggungjawab kita dalam masyarakat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk 'Pembentukan Jatidiri Kakitangan dan Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) Daripada Persepektif Gagasan 1Malaysia' di Kota Kinabalu, hari ini.
Rais juga meminta generasi muda supaya meneliti hal yang berkaitan dunia siber dan mengaplikasikannya mengikut keadaan di Malaysia.
Beliau berkata dunia siber banyak mempengaruhi pemikiran generasi muda sekarang yang mana ia tidak dapat dikawal oleh ibu bapa.
"Kebanyakan anak muda kita menggunakan perbandingan dan pengalaman menerusi dunia siber untuk pemikiran mereka sendiri.
"Jadi kita suka menganjurkan setelah mentelaah hal-hal di dunia siber, kita mesti jelmakannya menurut realiti di negara kita kerana realitinya ialah kita orang Timur, orang Asia, orang Malaysia," katanya.
Beliau juga berkata dalam membuat kritikan, generasi muda harus sedar tentang tanggungjawab masing-masing dalam membina negara.
Terdahulu dalam ceramahnya, Rais berkata mengikut kajian yang dilakukan kementerian tahun lepas, tahap penerimaan masyarakat terhadap Gagasan 1Malaysia kini melebihi 80 peratus.
"Dengan lebih 80 peratus, kita bangga kerana masyarakat kita sudah mulai menghargai apa yang dianjurkan menerusi kebajikan, perpaduan, kenegaraan dan keadilan sosial.
"Gagasan 1Malaysia mengajar kita supaya bertanggungjawab dan berintegriti. Justeru, tanggungjawab itu harus kita terjemahkan," katanya.
- Bernama

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa