Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 5, 2012

Agak-Agak Kontrator Mana Yang Buat Kerja Gila Babi Macam Nih?

100 batu nisan dilonggok belakang stor

PENDUDUK kampung melihat longgokan batu nisan yang dicabut dan ditinggalkan di Tanah Perkuburan Tok Kembung, Kangar semalam.


KANGAR - Projek menambak dan membersihkan Tanah Perkuburan Islam Tok Kembung, Repoh di sini menimbulkan kontroversi apabila waris dan penduduk sekitar mempersoalkan tindakan pekerja sebuah syarikat kontraktor mencabut batu nisan lebih 100 kubur sebelum dilonggokkan di belakang sebuah stor dekat situ sejak sejak Khamis lalu.
Antara yang terlibat ialah kubur seorang jurutera komputer, Allahyarham Noor Suzaily Mukhtar, 24, mangsa dicekik, dirogol dan diliwat dalam sebuah bas di Klang pada akhir tahun 2000 apabila batu nisannya turut dicabut.
Seorang penduduk, Shuib Abd. Rahman, 62, sedih melihat longgokan batu nisan di situ yang dicabut tanpa diletakkan tanda manakala pokok yang ditebang terbiar begitu sahaja.
"Tergamak mereka buat begini pada tanah perkuburan.
"Masalah timbul jika ada waris tidak pasti kedudukan sebenar kubur ahli keluarga mereka selepas batu nisannya dicabut," katanya.
Menurut Shuib, kubur ibu bapanya turut menjadi mangsa kerakusan para pekerja syarikat kontraktor itu apabila batu nisannya telah tiada manakala kawasan kuburnya pula ditimpa pokok besar yang tidak dialihkan. - sumber

4 comments:

  1. Masya Allah!
    Kena cari waris pulak untuk letak batu nisan kat mana. langsung tak sensitife kepada perasaan keluarga si mati!

    ReplyDelete
  2. Kontrakter melayu tu..xjaga adab.nak untung je.

    ReplyDelete
  3. agak2...
    kontrator bangsa cina ke..
    melayu tu..?

    atau yg buat keja2 mengalihnya tu.. anak2 bangsa bangla ??

    ReplyDelete
  4. kalau bukan keje umno sape lagi..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa