Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 4, 2012

Awe Dah Tertelan Suara Weh!

Awang Adek terus didesak jawab dakwaan
Harakahdaily,04 Jul 2012

(Orang ramai memenuhi Pantai Irama, Bachok)

PENGKALAN CHEPA: Tekanan terus diberikan kepada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Husein dan ia terus berkaitan dengan rakannya, Chung Hon Cheong.


Tekanan kali ini diberikan oleh Cikgu Bard atau Badrul Shahrin, ahli Majlis Pimpinanan Tertinggi PKR.


Selain persoalan yang dibangkitkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution, Cikgu Bard menambah dua lagi persoalan untuk dijawab oleh Awang Adik.


"Benarkan Chung Hon Cheong membuat sumbangan (donation) kepada beberapa buah persatuan yang dinaungi Awang Adek?


"Siapakah yang membiaya pembelian rumah banglo dua tingkat di Tropicana?" soal Cikgu Bard, yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SMM) itu.


Peyelewangan ini bermula semenjak beliau menjawat jawatan sebagai Penolong Gabenor bank Negara, kata Cikgu Bard.


Beliau membuat desakan itu di majlis pidato perdana dan karnival Euro bersama selebriti anjuran Dewan Pemuda PAS Bachok.


Program itu berjaya menggamit ribuan penonton membanjiri tapak pasar malam di Pantai Irama Bachok.


Pelakun Abby Abadi turut serta di majlis itu.


Di samping itu, Bendahari Pemuda PAS Kelantan,  Ahmad Marzuk Shaary dan Datuk Omar Muhammad, Adun Perupok turut serta.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa