Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 1, 2012

Bakal MB Kedah Cuba Memperbetulkan Mana-Mana Atap Yang Dianggap Bocor..

Baguslah tu bila dah tahu menilai mana yang menjadi maksiat dan amalan batil 
Tapi adakah ini menjadi teguran menyeluruh bagi satu Malaysia? 
Tapi bercambahnya pusat maksiat di seluruh negara adakah kegagalan BN puncanya?
Bagi aku mana-mana teguran ke arah kebaikan tetap aku sokong!
Kegagalan PAS Punca Pusat Hiburan Bertambah - Mukhriz
JITRA: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir menyifatkan PAS gagal mengawal pertumbuhan pusat hiburan di Kedah sejak mengambil alih negeri ini pada tahun 2008.
Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata banyak pusat hiburan baru wujud terutamanya di kawasan pedalaman seperti Sik, Padang Serai dan Baling.
Beliau berkata ketiga-tiga daerah itu tidak mempunyai pusat hiburan sebelum Kedah diperintah PAS.
"Kerajaan negeri perlu kawal pusat hiburan ini dan mengambil tindakan terhadap pengusaha tidak berlesen yang menjalankan perniagaan secara haram," katanya ketika ditemui pada Mini Karnival Pendidikan di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di sini, Sabtu.
Anggota Parlimen Jerlun itu berkata selain umat Islam, masyarakat bukan Islam juga tidak senang sekiranya pusat hiburan di negeri ini tumbuh secara tidak terkawal tanpa ada sebarang keperluanBERNAMA

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa