Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 13, 2012

Berita Baik. Ada Untung!

Updated: Jumaat Julai 13, 2012 MYT 3:37:29 PM
Bayaran Purata RM500 Sebulan Jual Tenaga Solar Kepada TNB
PUTRAJAYA: Pemilik kediaman boleh memperoleh purata RM500 sebulan selama lebih 21 tahun sekiranya mereka memasang sistem panel solar di rumah mereka.
Pulangan pelaburan itu diberikan sekiranya tenaga elektrik yang dihasilkan dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB), kata Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda).
Pengerusi Seda, Tan Sri Dr Fong Chan Onn berkata, kos untuk memasang panel sumber tenaga hijau itu adalah antara RM10,000 dan RM12,000 per kilowatt.
Insentif RM500 dikira berdasarkan tenaga yang dihasilkan pada sistem empat panal solar kilowatt.
“Halangan utama untuk menggerakkan penglibatan awam secara besar-besaran untuk menggunakan tenaga solar adalah modal.
“Kami setakat ini menerima lebih kurang daripada 1,000 permohonan untuk projek ini,” kata Dr Fong kepada sidang akhbar di sini untuk menggalakkan penggunaan tenaga solar.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa