Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 4, 2012

Kalau Dah Semua Jadi Rahsia Kerajaan, Di Manakah Ketelusan Yang Dilaungkan?

Pendedahan Dokumen Rahsia - Polis Tubuh Pasukan Khas


alt
KUALA LUMPUR 4 Julai - Polis menubuhkan pasukan khas menyiasat pendedahan dokumen tender kontrak sambungan projek transit aliran ringan (LRT) Ampang yang dikelaskan sebagai rahsia kerajaan seperti tersiar dalam sebuah portal berita. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata laporan polis sudah dibuat beberapa individu kementerian berkaitan di Putrajaya semalam mengenai penyiaran maklumat projek tersebut. 

"Pengadu mendakwa beberapa dokumen tender sudah didedahkan kepada pihak yang tidak berhak melalui portal berkenaan. Maklumat serupa sering dimanipulasikan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk kepentingan diri," katanya kepada Bernama di sini hari ini. 

Mohd Bakri berkata, polis memandang serius perkara tersebut kerana pendedahan dokumen yang sudah dikelaskan sebagai rahsia kerajaan itu secara tidak langsung boleh menjejaskan kepentingan negara. 

"Kita akan menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh mengikut Seksyen 8 (1) (i) Akta Rahsia Rasmi 1972. Sekiranya dapat mengenal pasti pihak terbabit, mereka akan didakwa di mahkamah. 

"Mereka yang disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih daripada tujuh tahun," katanya sambil menambah kata bahawa siasatan akan tertumpu pada bagaimana kebocoran maklumat itu berlaku dan sama ada ia membabitkan "orang dalam". 
Katanya, siasatan akan dilakukan terhadap portal yang mendedahkan tender kontrak sambungan projek terbabit.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa