Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 8, 2012

Keris Warisan Kiyai Salleh?

Setakat yang saya tahu sebagai Penyambung 'ilmu amalan Kiyai Salleh', beliau tiada senjata fisikal yang khusus digunakan di dalam perjuangannya.
Kalau sesiapa yang ingin tahu sejarah dan perjuangannya boleh dirujuk kepada buku karangan Zaharah Nawawi kalau kalau tak silap saya bertajuk 'Penglima Salleh'

Keris warisan Kiyai Saleh

Haji Abdullah Hashim, 86, dari Kampung Tanjung Batu, Temerloh mendakwa, beliau menerima khazanah keris berkenaan daripada anak murid Kiyai Saleh yang berasal dari Terengganu.

Kiyai Salleh ialah seorang pahlawan Melayu Johor yang berperanan besar menentang Inggeris dalam ‘Perang Natrah’ di Singapura sekitar tahun 1950-an dan dikatakan amat ditakuti oleh musuh Islam.

Menurut Abdullah yang merupakan pesara imam masjid, keris pusaka Kiyai Saleh itu mempunyai pelbagai keistimewaan. Ia diperbuat daripada waja terpilih, bertulang dan berlok-lok serta jika dicium berbau hanyir.

Abdullah yang juga seorang tabib, bersedia menjual keris dalam simpanannya itu andainya ada yang mahu membuat koleksi asalkan dengan harga yang berpatutan. 

2 comments:

  1. Hmmm menarik. Seorang pengikut kiayi Salleh pernah memberitahu Yong dia tak boleh simpan senjata. Kalau dia simpan ia akan ghaib. Pengikut ini masih hidup di Perak.

    ReplyDelete
  2. apa gunanya keris jika tidak pandai berpencak, kelak memakan diri.
    Ilmu adalah induk kepada segalanya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa