Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 1, 2012

Perkasa: Yang Sentiasa Memperkosa Keamanan?

Program santai Ketua Menteri Pulau Pinang dicemari insiden kekecohan

June 30, 2012
GEORGE TOWN, 30 Jun – Program santai Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersama penduduk di Teluk Bahang, dekat sini hari ini dicemari dengan insiden kekecohan melibatkan pengiring pemimpin itu dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
Dalam kejadian pukul 10.15 pagi itu, kekecohan mula tercetus apabila Perkasa yang secara kebetulan mengadakan perhimpunan aman di pekarangan pasar Teluk Bahang bertembung dengan rombongan Lim yang turut mengadakan lawatan di kawasan tersebut.
Jurucakap polis berkata pada perhimpunan yang dihadiri lebih 50 orang termasuk penduduk di kawasan berkenaan, peserta perhimpunan itu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran ketua menteri.
“Berdasarkan laporan yang diterima, seorang lelaki yang merupakan anggota Perkasa mendakwa tangannya dikilas daripada belakang dan dipukul salah seorang pengiring ketua menteri ketika dia mendekati rombongan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata adegan tolak-menolak dan pergelutan antara kedua-dua kumpulan itu berlangsung beberapa minit namun berjaya disuraikan anggota polis yang bertugas.
Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata kekecohan itu sengaja dirancang sekaligus menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap Perkasa dan melabelkan pertubuhan itu sebagai pencetus kekecohan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa