Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 3, 2012

Kesian...: Rupanya Nak Gila Ni Taklah Tunggu Orang Tu Makan Taik!

Perkasa buat laporan polis terhadap Royalti

Azman Yazid menunjukkan gambar Sultan Kelantan yang disalahgunakan oleh penyokong NGO pro-Pas selepas membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 2 Julai - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat satu laporan polis di Balai Polis Kota Bharu di sini hari ini terhada Gabungan Profesional Kelantan Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Kelantan (Royalti) yang didakwa menggunakan nama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dalam pergerakan politik mereka.

Laporan tersebut dibuat Ketua Wira Perkasa Kelantan, Azman Yazid, 32, kira-kira pukul 2 petang ini bersama beberapa ahli Perkasa yang lain.

Azman ketika ditemui berkata, beliau memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan memandangkan dakwaan Royalti yang mengaku mendapat sokongan Sultan Muhammad V, justeru mana-mana pihak yang tidak menyokong pergerakan itu secara tidak langsung menderhaka kepada baginda.

"Pada 26 Jun lalu ada satu perhimpunan membabitkan Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan (Tukar) dan Royalti di depan pejabat menteri besar di Kota Darulnaim dan ketika itu Royalti menjaja gambar baginda yang mereka dakwa menyokong perjuangan Royalti.

"Dalam perhimpunan itu, mereka mendakwa Tukar dan mana-mana rakyat Kelantan yang tidak bersetuju dengan perjuangan Royalti menderhaka terhadap baginda sedangkan kita semua tahu Sultan Muhammad V adalah payung rakyat tidak kira apa fahaman sekalipun," katanya.

Dakwanya, Royalti merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan di bawah parti Pas justeru sesiapa yang tidak menyokong parti itu dikatakan turut menderhaka kepada tuanku.
"Pertubuhan tersebut turut membuat sebuah plak yang tandatangan tuanku telah diubah suai baru-baru ini berhubung pembinaan industri petroleum di Kelantan.

"Mereka menggunakan perisian untuk mengubah gambar itu bagi mempengaruhi orang ramai yang melihatnya supaya memberi sokongan kepada mereka," tambahnya.

6 comments:

  1. Bukan PAS namanya kalau tak menipu..

    ReplyDelete
  2. Mohon bertukar pautan dengan tuan. Blog tuan telah saya senaraikan di http://rojakpasembor.blogspot.com/
    Terima kasih atas perhatian.

    ReplyDelete
  3. Sdr. Rojak

    Terima kasih dan saya sudah tunaikan hasrat saudara

    ReplyDelete
  4. nate kat dalam gambar ni memang giler pon...seorg cikgu yg x seperti cikgu...kalau nak kenal mari kat bachok...dia ni ajk pemuda umno salah satu cwngan umno kat bachok...jd cikgu tp kelas pun jarang2 masuk...kalau kat kg...semua org x kisah mana pun dgn dia sbb org dah kenal dgn perangainya sejak kecik sampai besar...betapa bodohnya perkasa ni pilih manusia mcm jd pemimpin mereka...

    ReplyDelete
  5. hhaaaaahhhh....! jeman...kahkahkah... sama2 bodoh dgn brehim ali...kalu banding dgn brehim ali...aku boleh kata cerdik sikit brehim ali dr dia ni...kalu sape yg kenal dgn dia ni pasti terjelik tgk dia ni jd ketua wira perkasa kelantan...patut pun perkasa ni bodoh sgt2...rupa2nya lantik pemimpin yg x 'berapa segar'...

    ReplyDelete
  6. hhaaaaahhhh....! jeman...kahkahkah... sama2 bodoh dgn brehim ali...kalu banding dgn brehim ali...aku boleh kata cerdik sikit brehim ali dr dia ni...kalu sape yg kenal dgn dia ni pasti terjelik tgk dia ni jd ketua wira perkasa kelantan...patut pun perkasa ni bodoh sgt2...rupa2nya lantik pemimpin yg x 'berapa segar'...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa