Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 5, 2012

Scorpene: Rakyat Malaysia Menanggung Malu Di Antarabangsa

Najib tangguh PRU kerana Scorpene – Akhbar Kanada

KANADA 4 Julai: Satu rencana akhbar The Vancouver Sun pada 3 Julai lalu menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan rancangan mengadakan pilihan raya umum  kes rasuah Scorpene.


Rencana ditulis Jonathan Manthorpe itu melaporkan Setiausaha Parlimen Najib memaklumkan pilihan raya hanya akan diadakan selepas tamat mandat lima tahun pada Mac 2013, walaupun sebelum ini sumber dalam Umno mengatakan ia akan diadakan Julai.
Lebih teruk bagi Najib, tulis Jonathan, dokumen siasatan polis Perancis menunjukkan firma pertahanan Perancis, DCNS membayar USD$45 juta untuk mendapatkan dokumen sulit Tentera Laut Malaysia.
“Pembangkang Malaysia berkata jika dakwaaan itu benar, penjualan dokumen sulit yang memberi kelebihan kepada DCNS dalam tender kapal selam itu adalah satu pengkhianatan.
“Masalah Najib yang bertimpa-timpa diberatkan lagi apabila 133 fail hasil serbuan Unit Anti-Jenayah Terancang Polis Kehakiman Perancis ke pejabat DCNS di Paris dibocorkan kepada laman Asia Sentinel.
“Dokumen itu antaranya menjelaskan DCNS bertindak membeli pengaruh melalui orang kanan Najib, Abdul Razak Baginda selepas merasa ketinggalan dengan syariket German, Kockums AB dalam persaingan melobi kerajaan Malaysia.
“Dalam dokumen lain, pegawai DCNS mengatakan bayaran USD142 juta kepada Perimekar akan dibahagikan kepada beberapa individu dan juga parti pemerintah iaitu UMNO,” jelas Manthorpe seperti dipetik.
7 Mei lalu, rencana Manthorpe dalam akhbar utama British Columbia itu melaporkan mahkamah Perancis memulakan perbicaraan kes Scorpene yang kini memasuki peringkat perbicaraan di Tribunal de Grande Instance, Paris.
Kes itu turut dikaitkan dengan Najib dan pembunuhan penterjemah Altantuya Sharibuu dalam skandal berkenaan.

4 comments:

  1. satu dunia dah tau.. najib masih buat pekak... kesian kat org kampung yg takde access internet.. depa mesti taktau berita ni... masih sayangkan umno.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Kalau dah jenis bebal, dia peduli apa bro???

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  3. salam,

    Interpol harus bertindak

    KLIK REBRAND FORM 6

    ReplyDelete
  4. orang kampung pun banyak dah tau,anak-anak kini terpelajar tak mahu orang kampung diperlembukan sampai mati,ABU sahaja penyelamat negara Malaysia !

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa