Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 8, 2012

Terbaik? Dalam Bab Mana Tu Agaknya!

Mungkin dinilai dari segi prestasi yang terbaik dari segi menjana keuntungan
Tetapi dari segi kebajikan penumpang pada saya 'hempeh'
Tak ada tolak ansur dan terlalu banyak caj tersembunyi
bila sekali kena baru sedar....... caj di dalam gelap yang tersedia mencekik penumpang...
Air Asia Terbaik Keseluruhan – Laporan Prestasi Syarikat Penerbangan 2012 oleh Aviation Week .

KUALA LUMPUR, 8 Julai - Syarikat penerbangan tambang murah negara, AirAsia menduduki ranking teratas berbanding 9 lagi pesaing melalui senarai Prestasi Terbaik Syarikat Penerbangan 2012 yang dikeluarkan oleh majalah Aviation Week.

Air Asia mengatasi syarikat penerbangan yang lebih berpengalaman seperti Singapore Airlines dan Ryanair, iaitu syarikat penerbangan tambang murah Eropah yang terbesar. Air Asia juga berada dalam senarai teratas daripada 6 pesaing dalam kategori syarikat penerbangan yang menghasilkan pendapatan tahunan US$250 juta - US$2 bilion .

Walaupun berada di ranking ke-9, Singapore Airlines satu-satunya syarikat penerbangan yang menghasilkan pendapatan tahunan melebihi US$ 6 bilion . Tiga lagi syarikat penerbangan dalam kategori penghasilan pendapatan US$ 2 bilion – US$ 6 bilion.

Data kewangan dan operasi syarikat-syarikat penerbangan ini dianalisis untuk dinilai dalam 5 kategori prestasi yang berbeza. Dimana nilai keseluruhan untuk kategori ini dijumlahkan untuk perbandingan prestasi syarikat-syarikat penerbangan.

Kaedah pemarkahan juga dibuat berdasarkan kategori berdasarkan skala syarikat penerbangan itu sendiri . Singapore Airlines menduduki ranking teratas untuk syarikat penerbangan berskala besar manakala Ryanair dan Air Asia masing-masing untuk berskala sederhana dan kecil .

Ironinya, sebuah lagi syarikat penerbangan negara iaitu MAS menduduki ranking paling rendah dalam laporan prestasi yang sama.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa