Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 5, 2012

Tertarik Dengan Article Ini Walaupun Agak Terlambat

PAS tiada calon PM, Umno ramai?

Subky Latif,01 Jul 2012
MEDIA mulai mencari siapakah orang PAS yang layak jadi Perdana Menteri jika pembangkang memenangi PRU13 nanti?

Media menjawab sendiri, ‘Tidak ada. Sekadar jadi menteri adalah!’

Tetapi dalam UMNO ramai. Nasib saja menentukan merasa atau tidak. Tun Dr.Ismail tidak merasa. Ghafar Baba juga sama. Musa Hitam dipercayai tidak merasa. Anwar dihalang.

Kalau tiada Najib, ada Muhyiddin. Kemudian Wak Zahid Hamidi, Syafie Apdal, Awang Adek, Abd. Ghani Othman, Noh Omar, Isa Samad, semuanya boleh.

Tetapi dari PAS, siapa?

Orang PAS yang layak itu tetapi media tidak nampak. Perdana Menteri itu bukan keutamaan bagi PAS pada masa ini walaupun pengundi hendak mengetahui calonnya supaya mereka untuk membuat pilihan.

Keutamaan PAS pada masa ini ialah menggantikan kerajaan yang rasuah dengan kerajaan yang adil dan telus. Menggantikan UMNO dengan PAS adalah lebih aula.

Ustaz Abdul Hadi Awang memilih untuk menjadi pendakwah dulu jika ada orang lain yang boleh menjalankan tugas Perdana Menteri itu dengan baik.

Apakah beliau tidak layak? Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak mahu jadi calon  Menteri Besar 25 tahun dulu. Berilah kepada orang kalau Kelantan dapat dikuasai semula.

Semua orang kata beliau tidak layak. Bila beliau jadi  Menteri Besar, semuanya menyangka beliau paling lama tahan tiga bulan saja. Tetapi beliau sudah berada di situ lebih 20 tahun.

Tiada lagi yang kata, dia tidak layak. Bahkan ramai orang Cina dan India terasa, kalau beliau jadi Perdana Menteri,  dia jadi lebih baik dari Dr. Mahathir.

Dr. Mahathir itu nampaknya pintar, tetapi amanah jauhlah Tok Guru Nik Aziz lebih baik. Syarat jadi Perdana Menteri itu bukan sekadar pintar, tetapi  benar dan amanah adalah lebih penting.

Islam menentukan sifat terbaik untuk menjadi pemimpin  ialah yang dimiliki oleh para nabi iaitu benar (siddiq), amanah, tabligh iaitu menyampaikan dan terakhirnya fatanah iaitu kelulusan atau kebijaksanaan.

Pintar tetapi penyangak, tentunya tidak amanah. Dia rasuah, utamakan kroni, mengutamakan keluarga dan diri sendiri. Kebanyakan yang dikatakan layak jadi PM dalam UMNO itu adalah yang seperti ini.

Kalau Mahathir dan Najib itu pintar, jangan sangka Tok Guru Nik Aziz tidak pintar. Mahathir pernah jadi bapa angkat UMNO Gua Musang. Dia tidak dapat ambil  Kelantan, bahkan pengaruh Ku Li di Gua Musang itu pun tidak dapat rampas.

Bahkan ada yang melihat wajar dan  watak Menteri Besar Kelantan menyamai wajah dan kehebatan Ho Chin Minh, Presiden pertama dan bapa kemerdekaan Vietnam. Kalau sudah sama dengan Uncle Ho,  sudah bertaraf dunialah.

Jangan rendahkan kepintaran Ustaz Azizan Razak yang memimpin Kedah, negeri terbangsat di Malaysia kerana tiada hasil mahsul. Laporan Ketua Audit Negara memuji pentadbiran dan kawalan kewangannya. Dia tidak menambah hutang negeri, bahkan mengurangkan hutang.

Dari laporan audit itu kewalan kewangan pusat juah leceh dibandingkan dengan Kelantan  dan Kedah. Kalau Tok Guru  dan Ustaz Azizan telah membuktikan kepuyaannya, apa pula kurangnya Ustaz Hadi dan lain-lain pemimpin PAS.

Kalau Saifuddin Abdullah dirasakan boleh jadi Perdana Menteri yang baik masa depan, tetapi dia kira tidak sehebat Salahuddin Ayub dalam debat baru-baru ini. Kalau Saifuddin dikira layak, masakan Salahuddin tidak layak.

Mustafa Ali, Khalid Samad dan Dr. Mujahid Yusof belum disenaraikan lagi. Belum tentu Mustapa Mohamad, Hishammuddin Husein dan Ismail Sabri lebih handal dari mereka.

Profesional yang bersama PAS sekarang mungkin lebih ramai dari yang bersama UMNO. Jika PAS dapat menggantikan UMNO nescaya ramailah muncul orang yang layak dicalonkan sebagai PM.

Keutamaan pada masa ini ialah PAS tidak mahu berbalah tentang siapa hendak jadi Perdana Menteri. Kalau berbalah tentang siapa jadi PM, nanti BN  tidak dapat ditumbangkan dan UMNO tidak dapat digantikan.

Kalahkan UMNO dulu. Lepas itu barulah bincang tentang Perdana Menteri. Jika pimpinan Tok Guru sebagai Menteri Besar diiktiraf semua, yang lebih baik dari Abdullah Badawi dan Muhyiddin Yassin pun ramai. Jika PAS menang, yang cerdik dalam UMNO itu pun habis menyokong PAS.

1 comment:

  1. Pintar tetapi penyangak, tentunya tidak amanah. Dia rasuah, utamakan kroni, mengutamakan keluarga dan diri sendiri. Kebanyakan yang dikatakan layak jadi PM dalam UMNO itu adalah yang seperti ini.

    Kawe stuju. Ahli PAS telah dididik dari dulu sanggup keluar duit dari berangan nak dapat duit. InsyaAllah dari peringkat bawah sampai ke atas nawaitu sama hanya untuk ALLAH.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa