Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 18, 2013

Kau Ni Memang Menambahkan Pening Najib

Pada aku komen Najib tentang isu berkaitan ini tidak meyakinkan dan seolah Najib anggap perkara ini adalah remeh
Deepak gesa Najib nyatakan kebenaran mengenai SD2
10:31AM Jan 18 2013
Ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan hari ini membalas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempersoalkan kredibilitinya, dengan menuntut perdana menteri menyatakan kebenaran di sebalik akuan bersumpah (SD) kedua penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.

deepak 110113 01"Nampaknya jawapan anda yang tidak boleh dipercayai, manakala 
apa yang saya telah didedahkan dengan terperinci mengenai kes pembunuhan ini adalah benar," kata Deepak dalam satu kenyataan pagi ini.

"Boleh saya cadangkan anda sebagai perdana menteri sekarang, menjelaskan kebenaran mengenai akuan bersumpah kedua (SD2) kepada rakyat Malaysia dan bukan hanya duduk di atas kerusi PM seperti 'sitting duck'!"

Ahli perniagaan permaidani itu, yang telah membuat beberapa 
tuduhan serius terhadap perdana menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, sekali lagi menggesa pasangan itu supaya menjawabnya.

NONEMalam tadi, Najib memecah kebisuannya berhubung dakwaan Deepak bahawa beliau dan keluarganya terlibat dalam operasi menutup SD Balasubramaniam, yang mendakwa perdana menteri mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Deepak mendakwa dia telah diminta oleh Najib dan Rosmah supaya meminta Balasubramaniam, yang hidup dalam buangan di India, menarik balik SD asalnya.

"Ianya tidak benar. Yang itu (Deepak) bukan orang yang boleh dipercayai," kata Najib dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur selepas mesyuarat majlis tertinggi BN malam tadi.
Malam tadi, Najib memecah kebisuannya berhubung dakwaan Deepak bahawa beliau dan keluarganya terlibat dalam operasi menutup SD Balasubramaniam, yang mendakwa perdana menteri mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Deepak mendakwa dia telah diminta oleh Najib dan Rosmah supaya meminta Balasubramaniam, yang hidup dalam buangan di India, menarik balik SD asalnya.

"Ianya tidak benar. Yang itu (Deepak) bukan orang yang boleh dipercayai," kata Najib dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur selepas mesyuarat majlis tertinggi BN malam tadi. 
- mk

Najib kata Deepak tak boleh dipercayai
Abdul Rahim Sabri
  • 10:58PM Jan 17 2013
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menangkis dakwaan yang ditimbulkan Deepak Jaikishan dan menyifatkan ahli perniagaan itu sebagai individu yang tidak boleh dipercayai.

Beliau juga yakin dakwaan yang ditimbulkan Deepak tidak akan menjejaskan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

"Ianya tidak benar. Yang itu (Deepak) bukan orang yang boleh dipercayai.

(Dakwaan Deepak) bukan satu isu. Ia tak akan beri kesan (pada BN)," kata Najib ketika ditanya pemberita dalam satu sidang media di Kuala Lumpur lewat malam ini.

Jawapannya itu merupakan reaksi pertama Najib sejak Deepak mula menimbulkan dakwaan serius ke atasnya sejak akhir tahun lalu.

Dalam satu wawancara dengan lidah parti PAS, Deepak mendakwa Najib memainkan peranan utama dalam tindakan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang menarik balik pengakuan berkanun (SD) pertama pada tahun 2008.

Deepak mendakwa Najib berbuat demikian demi mengelakkan tindakan yang mungkin diambil seteru dalam Umno bagi menghalang cita-cita Najib menjadi perdana menteri.

Peniaga permaidani itu juga menjelaskan, beliau tampil dengan dakwaan itu selepas mendakwa ditipu oleh ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah dalam satu urusniaga tanah.

3 comments:

  1. Salam Tuan Mountdweller.

    Dalam bulan Januari 13 sahaja PM Najib dah pening berat dan berganda-ganda dan rasa-rasa nak berjalan pun ketar lutut sebab setiap masaalah besar timbul beliau tak boleh selesai dan timbul lagi..dan timbul lagi sehingga masalah jadi masalah.

    Tak pe PM Najib hang pegang PM setakat PRU 13 sahaja.

    ReplyDelete
  2. gmu

    Kalau sayalah. Dah lama saya letak jawatan sekiranya di pihak benar dan seterusnya bersihkan nama melalui perundangan dan mahkamah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa