Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 17, 2013

Bila Kain Sudah Terlondeh.......

Bila kain sudah terlondeh
Segala pekung dan kurap terdedah
Maka..... Jembalang dan Hantu saling menuding jari
Petulang dan Pengkhianat saling tuduh menuduh
Apa pun hakikat dan rupanya memang huduh!

January 17, 2013

KUALA LUMPUR, 17 Jan — Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof enggan memberikan maklum balas mengenai pendedahan dalam RCI semalam bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membenarkan pendatang haram mengundi di Sabah pada pilihan raya 1994 dan menegaskan isu berkaitan kad pengenalan (IC) bukan dibawah bidang kuasa agensinya.

Dalam Suruhanjaya Di Raja (RCI) semalam, bekas pegawai JPN menuduh arwah Tan Sri Megat Junid Megat Ayub memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan resit membenarkan pendatang haram di Sabah mengundi dalam pilihan raya negeri pada tahun 1994.

“Tidak adil untuk saya berikan komen mengenai pendedahan dalam RCI hari ini.

“Kes ini berlaku pada 1994 dan sudah 20 tahun lebih ia berlaku. Betul atau tidak yang dikatakan belum tentu dapat disahkan, malahan yang dituduh pun sudah tiada lagi,” kata Abdul Aziz merujuk kepada arwah Megat Junid apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider semalam.

Menurut Abdul Aziz, segala isu melibatkan IC adalah dibawah bidang kuasa JPN dan Kementerian Dalam Negeri manakala SPR hanya bertanggungjawab dalam mendaftarkan pengundi.

“Saya ingin tegaskan disini bahawa SPR hanya akan mendaftarkan pengundi yang membawa kad pengenalan yang sah. Selain daripada berwarna biru, SPR tidak akan mendaftarkan mereka.

“Selain daripada itu, ingin saya tegaskan bahawa semua proses pendaftaran pengundi akan kemudiaan disemak dengan JPN dan KDN,” tambah beliau.

Apabila ditanya pendapatnya mengenai pendedahan dalam RCI, Abdul Aziz menegaskan ia adalah sesuatu perkara yang melanggar undang-undang dan pihak yang bertanggungjawab perlu memberikan penjelasan.

“Kalau benarlah itu yang berlaku pada 1994 itu, saya sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan sebegitu.

“SPR sekarang tidak akan mendaftarkan mana-mana pengundi warga asing,” tegas beliau lagi yang memberi jaminan perkara demikian tidak akan berulang dibawah pimpinannya.

Dalam RCI seamalam, bekas pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin memberitahu Megat Junid yang pada ketika itu timbalan menteri dalam negeri memberitahu dirinya resit JPN perlu sama dengan nama dan kad pengenalan pengundi berdaftar.

Ramli berkata lebih kurang 200 resit JPN dikeluarkan di lima atau enam kerusi dewan undangan negeri di Sabah yang dianggap sebagai “kawasan hitam yang sukar bagi kerajaan untuk menang.”

“Satu kawasan mungkin 400,” katanya.

Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003, telah dituduh menerajui “Projek IC”, di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi mereka.

Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 ke 1985, menafikan kewujudan “Projek IC” semalam.

Pilihan raya negeri Sabah 1994 menyaksikan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 25 daripada 48 kerusi dewan undangan negeri.

Akan tetapi tidak lama selepas itu beberapa ahli dewan undangan negeri PBS menyertai Barisan Nasional (BN) menyebabkan kerajaan PBS jatuh.

Ramli memberitahu beliau ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 1995 hingga 1997.

Beliau juga menafikan menerima imbuhan.

“Ini adalah arahan langsung dari timbalan menteri dalam negeri sendiri walaupun saya akui ianya salah,” kata Ramli.

Beliau menambah arahan tersebut diberikan dalam mesyuarat dengan Megat Junid, pemimpin Umno Datuk Seri Osu Sukam (yang kemudiannya menjadi ketua menteri Sabah pada tahun 1999) dan pegawai pendaftar JPN bernama Asli Sidup di Hyatt Hotel dua minggu sebelum pilihan raya 1994.

“Resit tersebut hanya untuk mengundi. Selepas itu, kami akan kutip resit dan musnahkannya,” kata Ramli.

Asli memberitahu kemudian 200 resit JPN digunakan di dewan undangan negeri Kawang pada pilihan raya negeri 1994 dimana Osu menang dengan 64 undi.

1 comment:

  1. Even if you're not going a long extended distance out on your own camping outdoors journey, and even if you're going to common territory, constantly remain in touch with good friends, household or neighbors. Explain to an individual where your trip will probably be, and how long you'll go away. And when you can, check in frequently employing a cellphone. [url=http://www.x21w12w21.info]Vi7765ity[/url]

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa