Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 19, 2013

Berita Baik Weh.....

Fara Fauzana Sedia Hidup Bermadu
Fara Fauzana

PETALING JAYA: Jika kebanyakan wanita tidak terbuka untuk hidup bermadu tetapi tidak kepada penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana yang bersedia untuk berkongsi suami.

Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil, 33, berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk hidup berpoligami sekiranya tidak mendapat halangan daripada bakal madunya itu.

"Benar, saya tidak kisah untuk hidup berpoligami. Tetapi dengan syarat, isteri lelaki itu yang perlu datang untuk pinang saya.

"Perkara itu menjadikan perkahwinan saya nanti tiada masalah kerana tidak ada unsur-unsur mahu berselindung," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada pelancaran program-program baru slot 9X TV9 di Marche, The Curve, di sini, pada Khamis.

Tambah Fara, dia mengakui sedang berusaha mencari lelaki sesuai untuknya, namun pada masa sama dia tetap berhati-hati agar dapat memilih individu yang benar-benar bertanggung jawab.
Fara yang pernah berlakon dalam filem Jin Notti itu berkata, walaupun masih tiada calon suami, dia telah membuat beberapa persiapan perkahwinan sebagai persediaan untuk menempuh alam itu.
"Bunyinya agak kelakar. Tetapi, memang saya dah buat persiapan perkahwinan lebih awal kerana saya seorang yang suka merancang dan membuat persediaan awal tidak kira apa-apa hal sekali pun.
"Silap-silap, saya pula yang meminang orang. Maklumlah, saya ada darah keturunan Minang tau," selorohnya lagi.
Sementara itu, ketika sibuk di set penggambaran mengendalikan program Nona bersama Neelofa serta melaksanakan tugas sebagai penyampai radio, Fara turut membabitkan diri dalam perniagaan 'homestay'.
Kata Fara, dia telah membeli tiga buah lot rumah di Shah Alam di sini untuk dijadikan sebagai rumah sewa kepada sesiapa sahaja yang mempunyai urusan di lokasi tersebut.
"Sebenarnya ia merupakan pelaburan yang boleh memberi pulangan secara diam. Buat masa ini saya hanya membeli sebuah rumah teres dan dua kondominium untuk dijadikan sebagai 'homestay' yang diberi nama MyRumah.
"Ia khusus buat orang yang datang ke Kuala Lumpur bagi urusan perkahwinan, konvokesyen atau hal-hal lain yang mencari rumah sewa berkos rendah.
"Saya baru memulakan perniagaan ini sejak awal tahun lalu dengan bantuan ibu. Insya-Allah, saya akan membuka sebuah lagi 'homestay' di Port Dickson, Negeri Sembilan," ujarnya.

3 comments:

  1. I've been exploring for a little for any high-quality articles or weblog posts on this kind of house . Exploring in Yahoo I eventually stumbled upon this website. Studying this information So i am satisfied to express that I have an incredibly good uncanny feeling I discovered just what I needed. I most indisputably will make certain to don?t omit this website and give it a glance on a continuing basis.
    Stop by my blog post :: forex micro

    ReplyDelete
  2. When beginning an mlm strategy, you need to figure out what your driving determination is. Is it just how much earnings you want to make? Would it be a product you'd prefer to get or maybe, it's achievement based on the quantity of profit-getting people you might have with your downline? At times, supporting other folks is the greatest advantage of all. [url=http://www.x21w12w21.info]Co67tless[/url]

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa