Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 18, 2013

Isu RCI: Musa Dah Kecut Perut!

Mahathir kata tak salah dan ikut undang-undang
Kalau benar kata Mahathir kenapa takut?

Musa Aman beritahu media jangan mainkan isu RCI Sabah
January 18, 2013
Musa Aman memberitahu akhbar arus perdana 
agar tidak memainkan isu Suruhanjaya Di Raja 
berkenaan pendatang haram

KOTA KINABALU, 18 Jan – Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman memberitahu akhbar arus perdana berbahasa Inggeris Rabu lalu agar tidak memainkan isu Suruhanjaya Di Raja (RCI) berkenaan pendatang haram.

 
RCI yang bermula Isnin lalu menyaksikan bekas pegawai kerajaan mendedahkan bagaimana pendatang dari Filipina dan Indonesia diberikan kad pengenalan biru dan dokumen lain bagi mengesahkan status mereka sebagai pengundi pada pilihan raya negeri Sabah.

“Ia adalah permintaan agar tidak memainkan terlalu banyak,” kata seorang sumber kepada The Malaysian Insider hari ini akan tetapi tidak mahu dinamakan kerana takut kehilangan kerja.

“Mereka takut kepada kesan buruknya,” tambah beliau.
 

Sumber tersebut memberitahu, Musa telah memanggil mesyuarat dengan media negeri termasuk wakil daripada New Sabah Times, Daily Express, The Borneo Post dan akhbar dikawal oleh Barisan Nasional seperti New Straits Times dan The Star, termasuk agensi berita nasional, Bernama.

Bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, Ramli Kamarudin memberitahu RCI pada Rabu lalu bahawa arwah Tan Sri Megat Junid Megat Ayub yang pada ketika itu timbalan menteri dalam negeri telah memberinya arahan untuk menyediakan pendatang dengan dokumen sementara bagi membenarkan mereka mengundi dalam pilihan raya 1994.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah mengarahkan JPN Sabah untuk menukar nama 16,000 pendatang Indonesia dan Filipina di Sabah dan untuk memberi mereka kad pengenalan bagi meningkatkan jumlah pengundi Muslim, menurut bekas timbalan pengarah JPN Mohd Nasir Sgip yang memberi keterangan Rabu lalu.

Pilihan raya negeri kontroversi 1994 menyaksikan Parti Bersatu Sabah (PBS) mengalahkan BN dengan majoriti dua kerusi daripada 48 kerusi dewan undangan negeri.

Akan tetapi PBS ditendang keluar dari kerajaan negeri beberapa bulan selepas beberapa ahlinya menyertai BN.

Muka depan harian berbahasa Inggeris Sabah The Borneo Post tentang RCI bertajuk,” Wakil UNHCR puji tindakan pengeluaran dokumen pengenalan kepada suaka.”

Tajuk utama satu lagi akhbar harian berbahasa Inggeris Sabah Daily Express hari ini bertajuk “Pemberian IC sah disisi undang-undang: Dr M”, manakala satu artikel mengenai RCI bertajuk “Baik untuk memberikan mereka dokumen: UNHCR” di bahagian bawah halaman depan.

Artikel The Star tentang RCI bertajuk “’Tiada pesanan dari bos’” ditenggelamkan di tengah-tengah akhbar hari ini.

Laporan NST hari ini tentang RCI bertajuk “Bekas pengarah JPN: G17 tidak wujud”, merujuk kepada unit didakwa wujud dalam JPN yang menyediakan kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin.

Musa turut bertemu dengan wakil akhbar bahasa Cina dari Sabah seperti Asia Times, See Hua Daily News dan Tawau Morning Post hari ini dan meminta mereka untuk memberi “publisiti kepada BN”, menurut seorang lagi sumber yang tidak mahu dikenali.

“Beliau berharap masyarakat Cina akan menyokong BN (dalam pilihan raya umum ke 13),” tambah sumber tersebut.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa