1 Mac 2013
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengelak daripada mendedahkan hukuman terhadap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengkritik mutu pengadilan bola sepak negara.
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak berkata, setelah diteliti, anggota jawatankuasa yang bersidang semalam tidak dapat
mengumumkan tindakan yang bakal diambil terhadap baginda kerana bimbang ia bakal disalahtafsirkan.
mengumumkan tindakan yang bakal diambil terhadap baginda kerana bimbang ia bakal disalahtafsirkan.
"Kita perlu menunggu jawapan daripada pihak berkaitan dalam beberapa perkara terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan kira-kira empat jam mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini.
Taufek berkata, pihaknya perlu mengumpul bukti yang lebih jelas seperti rakaman video kerana setakat ini, siasatan dibuat berdasarkan laporan media
cetak tempatan.
cetak tempatan.
Beliau memberi jaminan bahawa FAM akan mengumumkan perkara tersebut tidak lama lagi.
"Ia tidak lama lagi... selepas selesai kita akan umum bagi mendapat keputusan yang terbaik," katanya.
Taufek berkata beliau juga tidak dapat mengulas lanjut sama ada TMJ disiasat kerana melanggar Artikel 88 Statut FAM atau pun peratuan lain yang terkandung
dalam Perlembagaan FAM. - Bernama
dalam Perlembagaan FAM. - Bernama
semua takot dgn TMJ...wahai FAM,anda semua penakot,xadil...sape nak hormat anda??? anda semua (FAM) layak diludah je..puihh...sultan atau kaum kerabat mereka tetap manusia dan tertakluk pada perlembagaan...salah tetap salah..jgn jadi tikuss..
ReplyDeletetakuttt !
ReplyDeletedulu atuk dia pun camtu kan.....
ReplyDeleteni dah turun kat cucu dia plak
kuang ajau tak ingat
penakut... kalau rakyat biasa dah lama kena panggil atau kena tindakan... memang penakut... boikot je pasukan bongkak tu... banyak lagi team lain yg lebih baik kepimpinannya... apa ada heran... bior dia main dlm istana sesama dia... tengok sapa yg kena penampo...
ReplyDeleteFAM pun takder telur jugak ke?
ReplyDeleteFAM pun takde telur ke?
ReplyDeleteTakde Teloq...
ReplyDeleteFAM takut bertempat aje sebab Presiden dia pu sorang Sultan.
ReplyDeleteTAPI orang FAM yg kena buat siasatan tu yg kecut perut nak ngadap TMJ tu especially Datuk Taufek & reps! Tak caya tanya la AT..hehe..TMJ tu garang oo!
Tu pasal demer kata takda bukti video blah blah blah senang kendian kes tutup gitu aje la.
Double standard !
Bila anak2 hang nak pakai tudung? Jagalah sikit imej parti politik kita.......
ReplyDeleteTMJ vs FAM?
ReplyDeleteraja sama raja gaduh.. kita tepuk tangan sudahhh.