Friday, March 15, 2013

Agbimuddin Terbang Pulang: Kapal Terbang Atau Pakai Sayap?

Satu lagi keanihan berlaku
Adakah dia terbang dengan menggunakan kapal terbang?
Atau menggunakan sayap macam burung?

Tidakkah anih manusia yang kita kepung dan amat dikehendaki berjaya lolos?

Lahad Datu: Agbimuddin sudah pulang meninggalkan orang-orangnya, kata Jeneral


SHAH ALAM, 15 Mac — Pemimpin militan Sulu Agbimuddin Kiram telah terbang ke kampung halamannya di selatan Filipina kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini.

Beliau mengatakan pasukan keselamatan negara membuat kesimpulan tersebut selepas mengkaji maklumat risikan.
“Agbimuddin telah meninggalkan orang-orangnya dan terbang ke kampung halamannya,” kata Zulkifeli (gambar) dipetik dari laman The Star Online bercakap dalam satu sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar lewat petang ini.
Ismail mengatakan, dari maklumbalas komander pasukan keselamatan maklumat di bawah membuktikan Agbimuddin, adik kepada lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Sulu Jamalul Kiram III sudah tidak bersama orang-orangnya. - sumber

1 comment:

Anonymous said...

kalau benar sungguh memalukan malaysia..kata dah dikawal ketat laut dan darat tpi 38 pengganas bolos melarikan diri balik pilipin..navy pilipin yg guna kapal usang tuh lebih cekap kerana berjaya memintas pengganas sulu yg keluar dan masuk sempadan..malaysia? Sungguh memalukan..