Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 7, 2013

Article Lama. Tapi Wajar Baca Untuk Pencerahan....

RCI, MAHATHIR WAJAR DIHUKUM MATI?

Di bawah adalah secebis petikan wawancara Mutalib M.D dan Asainar Bin M.P. Ebrahim @ Hassnar 
Asainar Bin M.P. Ebrahim @ Hassnar adalah salah seorang bekas tahanan ISA yang paling lantang menyuarakan isu PATI dan kad pengenalan Projek. Beliau merupakan salah seorang daripada 52 tahanan ISA yang menjadi dalang sindiket kad pengenalan projek 
Mutalib: Bolehkah saudara ceritakan kembali bagaimana saudara terlibat dengan sindiket ini?
Hassnar: Ketika itu saya dilantik sebagai Ketua Daerah Sandakan dan telah terlibat secara langsung di dalam proses mengeluarkan kad pengenalan projek kepada para pendatang asing Indonesia dan Filipina sejak 1976 sehinggalah saya ditangkap di bawah Akta Kediaman Terhad selama dua tahun pada 1988.
Untuk makluman saudara, saya terlibat secara langsung dengan penubuhan Parti Berjaya sejak September 1976 dan ditugaskan untuk memantau pola pengundian bagi memastikan Berjaya mencapai kemenangan mutlak dan menumbangkan USNO yang menderhaka kepada Kerajaan Persekutuan.
Ketika itu pola pengundian berkisarkan kepada 20 kawasan Islam, 20 kawasan bukan Islam dan 08 kawasan Cina. Kemenangan tipis pada tahun 1976 memberikan pengajaran bahawa Berjaya harus mencari jalan bagaimana mahu mendapatkan 20 kawasan Kadazandusun.
Hanya satu jalan yang terbuka iaitu menambah jumlah pengundi Islam dan tidak ada jalan lain melainkan merekrut pendatang asing atau pendatang asing tanpa izin (PATI) Filipina yang kebanyakannya bertaraf pelarian dan di bawah pengawasan Suruhanjaya Tinggi Pelarian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) dan warga Indonesia yang bekerja di ladang kelapa sawit.
Pada mulanya saya dilantik sebagai Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) bagi kawasan Sandakan Bandar, namun Datuk Harris Salleh telah menawarkan jawatan Ketua Daerah kepada saya. Samun saya keberatan menerima jawatan tersebut kerana pada hemat saya jawatan itu hanya sesuai untuk orang tua yang berpengalaman.
Hampir enam bulan jawatan tersebut kosong sejak kematian OKK Sheikh Abdul Aziz kerana saya tidak memberikan reaksi.
Sewaktu lawatan Datuk Harris Salleh ke Sandakan, dia mengarahkan saya menerima jawatan tersebut. Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Hassan Alban Sandukong dan Datuk Stephen Wong. Saya terpaksa menerima jawatan itu kerana ketika itu tidak ada yang berani berkata 'TIDAK' kepada Datuk Harris.
Selepas memegang jawatan berkenaan, saya didatangi oleh Haji Lokman (Bekas Ketua Daerah). Dia menyerahkan satu fail 'RAHSIA' berhubung projek memberi kerakyatan Malaysia kepada PATI.
Saya agak terkejut kerana tidak menyangka perkara sebegini keji boleh berlaku dan didalangi oleh pemimpin tertinggi parti. Saya kesal kerana merasakan seolah-olah menjadi tali-barut dan penderhaka kepada negara, namun saya tidak mempunyai pilihan.
Saya diminta tandatangani 500 borang kosong HNR 10 atas kapasiti saya sebagai Ketua Daerah, apatah lagi borang kosong tersebut telah diakui sah oleh Pegawai Daerah tapi ditandatangani Hassan Alban Sandukong.
Sejak daripada itu, projek berkenaan berjalan terus dan beratus ribu PATI mendapat kerakyatan negara ini secara TIDAK SAH dan tidak melalui sebarang saringan Imigresen sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.
- Baca selanjutnya di sini

Sementara tu tontonlah video ini


TERGADAINYA sebuah 'negara' yang merdeka di tangan Malaysia yang menjerat Sabah dengan konspirasi IC Projek, Agenda Tersembunyi Mahathir yang memberi ruang dan peluang kepada Waris Sultan Sulu, Jamaluddin Kiram III yang berjubahkan Pengganas untuk menuntut 'Dream Land' yang kononnya dijamin selamat oleh Kerajaan Persekutuan. Kini, Reverse Take Over bukan lagi dongeng malah realiti yang mengancam kehidupan yang belum pastikan. [Video ini boleh ditonton dalam bentuk kualiti HD]

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa