Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 14, 2013

Baca Ulama Mentah Ni Kata Apa?

Dia kata wujudkan perpaduan itu tuntutan syarie - aku setuju
Cuma aku nak tanya : Fitnah yang menjadi makanan ruji UMNO, Pencacainya dan Medianya. Tangkap sesedap hati itu ikut syarie ke?

Jadi aku cadangkan betulkan diri ikut syarie dulu barulah layak untuk ajak orang lain mengikut syarie!

Itulah sebabnya dia ditibai Dr. MAZA kaw-kaw punya bancuh!

Fathul Bari: Perpaduan Umno dan Pas perlu disegerakan
14 Mac 2013
KOTA BAHRU - Perpaduan antara Umno dan Pas perlu segera diwujudkan untuk kepentingan Islam dan orang Melayu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya.

Beliau berkata perpaduan itu bukan untuk mana-mana pihak membubarkan parti tetapi mewujudkan kerjasama ke arah kebaikan untuk kekuatan kepada Islam dan orang Melayu.

"Umno telah lama hulur tangan untuk perdamaian dan perpaduan ke arah kebaikan, sewajarnya Pas menimbang dan menerima tawaran tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah isu-isu semasa kepada Penceramah Penerangan Negeri Kelantan di sini, hari ini.

"Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda "Susulilah perkara yang buruk dengan perkara yang baik"," katanya sambil menjelaskan dalam konteks ini perkara yang buruk ialah perpecahan dan yang baik adalah perpaduan.

Beliau berkata tuntutan perpaduan itu adalah tuntutan syarie maka perkara syarie perlu dilaksanakan segera mungkin. - Bernama

4 comments:

  1. Salam Uncle;

    Apakah kriteria yg membolehkan seseorang itu digelarkan sebagai "Ulama"...

    Mamat nih dah layak mencapai maqam Ulama ke...??? Siapa yang iktirafkan mamat nih sebagai Ulama...????

    Yang saya nampak mamat nih lebih layak bergelar "Ular Dalam Semak".

    ReplyDelete
  2. dia ni tak baca sejarah umno-pas. Dulu pas dah bergabung dgn umno tapi ditendang oleh umno sbb dengki. Dalam buku Abdullah Husin pun ada ditulis

    ReplyDelete
  3. W'salam anakanda Isa

    He..hee.. dia yang angkat dirinya sendiri - sendiri masuk bakul, sendiri angkat!

    ReplyDelete
  4. Anon 11:57 PM

    Jenis budak mentah yang buta sejarah!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa