Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 6, 2013

Boleh Pakai Ke Cakap IGP Nih?

Setelah diteliti dari masa ke masa 
Dia maklum sekian, Menteri cakap sekian
Beberapa hari lalu dia cakap operasi dah capai objektif
Tapi pertempuran dan geledah masih berterusan sehingga kini
Sebelum ini dia cakap korban di pihak Pengganas sekian banyak tapi Menteri istihar sekian banyak....

Lebih ramai puak bersenjata Sulu terbunuh, kata 
KPN
OLEH BOO SU-LYN
MARCH 06, 2013

LAHAD DATU, 6 Mac — Lebih ramai militan Sulu mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di sini tengah hari tadi, kata Tan Sri Ismail Omar, tanpa menyebut sebarang nombor.
Ketua Polis Negara (KPN) itu berkata, pasukan keselamatan meluaskan operasi mereka dari Kampung Tanduo ke Kampung Tanjung Batu.
“Pada 4.15 petang, berlaku kejadian tembak menembak di kawasan kampung (Tanjung Batu),” kata Ismail kepada wartawan hari ini.
“Kita percaya terdapat banyak musuh yang mati, tapi kita tak boleh beri sebarang angka pada masa ini,” katanya lagi.
Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, yang turut berada di sidang media, berkata hanya sembilan mayat puak bersenjata Sulu ditemui, dari 13 kematian di pihak mereka.
Beliau berkata 12 orang mati sejak Jumaat lalu, manakala seorang lagi mati pagi ini.
Beliau menambah pihak berkuasa kini sedang mencari saki baki mayat pihak musuh.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan 13 kematian puak bersenjata Sulu selepas serangan udara ke atas Kampung Tanduoi, tetapi menegaskan jumlah kematian masih tidak diketahui kerana kerja forensik masih belum dijalankan.
Ismail berkata tidak ada orang awam di Kampung Tanjung Batu.
Beliau juga menafikan Jacel Kiram, yang mendakwa sebagai puteri diraja Sulu bahawa puak militan menawan empat warga Malaysia sebagai tahanan, dan berkata: “Saya tidak mendapat maklumat tentang tahanan.”
Zulkifeli berkata pihak keselamatan menemui senjata musuh yang ditanam di dalam tanah.
Pihak musuh berjaya melarikan diri di dalam hutan,” katanya lagi.
Ladang kelapa sawit Felda Sahabat 57 terdiri dari kawasan berbukit bukau yang keluasannya dua kali ganda Singapura, yang dipisahkan dengan jangan sempit dan lurus yang dipisahkan oleh sungai kecil.
Tembak menembak berlaku berhampiran pos pengawal di Kampung Tanjung Labian tengah hari tadi, di mana ia dikelilingi pokok kelapa sawit.
Lima anggota polis bersenjatakan raifal M-16, berjaga di pos pengawal yang diperbuat dari botol-botol Coke dan 100 Plus, menahan dua orang di atas motorsikal yang cuba melalui pos pengawal.
Pegawai polis tersebut mengarahkan dua lelaki itu mencangkung di tepi jalan dan menyoal siasat, dan salah seorang disuruh untuk membuka baju merahnya.
Beberapa minit kemudian, mereka dibebaskan dan menunggang motorsikal ke arah berlainan.
“Mereka orang kampung. Mereka nak jual sayur,” kata polis yang enggan dinamakan.
Beberapa kenderaan polis dan tentera dilihat melalui jalan tersebut di kawasan perladangan itu tengah hari tadi.
Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee memberitahu wartawan hari ini beliau tiba untuk memberi bantuan kepada orang kampung yang terpaksa meninggalkan rumah mereka, seperti bantuan susu tepung.
Pengikut Sultan Sulu menawan Kampung Tanduo hampir sebulan, dan bertempur dengan pasukan keselamatan di Lahad Datu, Semporna dan Kunak yang angka korbannya mencecah 28 orang.
Jacel dilaporkan media Filipina pagi ini bahawa ketua militan Sulu Agbimuddin Kiram dan kumpulannya terselamat dalam serangan udara dan operasi mencari semalam.
Ahmad Zahid berkata semalam tiga F-18 dan lima pesawat Hawk digunakan untuk menyerang militan di Kampung Tanduo, disamping menghantar lima batalion tentera bersama anggota polis.
Sebuah batalion dikatakan antara 300 hingga 1,300 orang, tetapi pihak berkuasa boleh menghantar beberapa orang ke medan pertempuran, dan yang lain dalam keadaan berjaga-jaga.
Kumpulan Agbimuddin berkata Sabah ialah milik mereka selepas dikurniakan kepada keluarga Kiram oleh Sultan Brunei pada abad ke-17.
Sabah bagaimanapun telah menyertai Malaysia pada 1963.
Malaysia dilaporkan membayar wang sebanyak RM5,300 kepada kesultanan Sulu sebagai mendapatkan hak kepada negeri Borneo tersebut.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa