Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 7, 2013

Disembelih pengganas: Betul Ker Cerita Ni?

Pada mulanya saya tak berapa nak layan cerita ni sebab tak ada confirmation dari mana-mana pihak 
Tetapi oleh kerana banyak blog yang melaporkan terutama cerita-cerita dari Sabah sendiri, buat sementara waktu saya tidak menolak berita ini
Kiram III kata mereka bukan pengganas dan tak ingin berperang
Tapi dalam masa yang sama mereka kata mereka tidak akan menyerah dan akan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir
Mereka juga menyerang anggota keselamatan kita dan membunuh mereka
Bukan Pengganas kepala bapak dia!!!
Disebut dalam berita, sohih lagi terang, pengganas Sulu itu menang ganas dan barbarian sifatnya. Islam apa itu jika sanggup sembelih orang islam yang juga saudaranya. Jangan naik darah jika aku bilang kamu itu (yang  menceroboh) ke Sabah itu kumpulan paling celaka wujud di Kepulauan Sulu. Puiihh !!

Dibawah, 4 foto tampil perlihat pengganas yang jadi korban di Lahad Datu.

Marah pun ada, kesihan pun ada
Kesihan sebab mereka adalah sama Muslim macam kita, mayatnya terbiar begitu
Marah sebab mereka menceroboh negara kita dan membunuh anggota keselamatan kita
Mungkinkah mereka tertipu?
 
 
 
Sumber

Tapi ada pula yang mempertikaikan gambar di bawah ni. Muka Zahid juga nampak semacam semasa menunjukkan gambar ni
Walau apa pun sebelum percaya siasat dulu
Lagi info di sini

9 comments:

  1. Makin lama aku dok tengok dok follow kes Lahat Datu nih makin banyak yg jadi tanda tanya & makin lari skrip pencerobohan terhadap sesebuah negara...

    Persoalan :

    1. Media luar tidak diberi kelulusan dan dibenarkan masuk untuk membuat liputan tentang kes ini, melainkan media bawah telunjuk kerajaan saja.

    2. Pertahan negara adalah tanggungjawab Askar, tapi kenapa polis yang diberi tanggungjawan menjadi ketua dan pihak Askar jadi assistan saja.

    3. Gambar ada tapi mana videonya.. skg nih zaman dah canggih... kamera pon boleh amik short video HD quality. Gambar yang diedarkan ini pon menjadi tanda tanya.

    4. Apakah bila berlaku keadaan begini, rakyat tempatan kg tersebut tak kena tembak oleh musuh atau paling kurang dicederakan oleh pihak penceroboh.

    5. Kenapa dalam keadaan kecoh sebegini yang melibatkan isu dua negara, PM & TPM kita masih dok enjoy dan tengah gila buat kempen sana sini.

    Fikir-fikirkan.

    ReplyDelete
  2. A'kum anon 1:18Am

    Keraguan saudara adalah sama dengan keraguan saya.

    Cuma saya tidak highlightkan adalah kerana bimbangkan patriotism spirit pasukan keselamatan kita terjejas

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan. PDRM masuk dulu sebab penceroboh mendakwa diri mereka sebagai Tentera Di Raja Sulu. Jika pasukan tentera kita yang masuk dulu, ini seolah-olah kita mengiktiraf mereka(Sulu) sebagai sebuah negara berdaulat. Lagi pun kita bukan berperang dengan tentera negara Filipina. Jika kita berperang dengan tentera Filipina, maka sudah jadi tanggung jawab ATM spenuhnya. ATM hanya akan masuk setelah rundingan damai dan arahan supaya keluar dari Sabah yang dilakukan oleh PDRM ditolak oleh penceroboh. Seperti juga jika ada pesawat asing yang menceroboh ruang udara kita, maka pesawat pejuang kita akan mengiringi mereka keluar dari ruang angkasa kita dengan segera. Jika mereka enggan, baru pesawat pejuang kita boleh bertindak. Harap maklum.

    ReplyDelete
  4. W' Salam Jai

    Terima kasih di atas info

    Pada saya di peringkat kepung dan runding serta beri tempoh saya tak persoalkan tetapi selepas tempoh dan rundingan tamat pun mereka masih lagi tidak serahkan kepada ATM walau pun mereka tahu penceroboh ada kekuatan dan logistik serta bersenjata lengkap. Sehinggalah berlaku korban di pihak PDRM barulah ATM masuk.

    ReplyDelete
  5. Mudah saja Tuan. ATM akan ambil alih sepenuhnya jika YDP Agong mengisytiharkan Darurat di Sabah. Bila dah darurat rakyat Sabah nak mengundi pun tak boleh. ;-)

    ReplyDelete
  6. Jai

    Memang situasi yang memeningkan!

    ReplyDelete
  7. Tuan,

    Saya sempat melihat berita diTV sewaktu Zahid Hamidi tengah buat press conf sambil menunjukkan gambar-gambar yg dikatakan dirakam sewaktu morphing work waktu ini.

    Dari segi body language pula kita dapat lihat yang mana sewaktu zahid hamidi memegang gambar-gambar tersebut dan membuat penerangan, kita boleh melihat dgn jelas akan raut wajahnya seakan-akan takut dan risau sambil dalam keadaan terpaksa menelan air liurnya.

    Ini lah antara body language yang kita sedia tahu bila ada sesuatu yg tak betul cuba disorokkan.

    Tak percaya, cuba test bila anak2 kita cuba menyorok atau menipu sesuatu pada kita dan tengok cara anak2 kita jawab.

    Body language susah kita nak sorok sebab ianya berkalu secara semula jadi.

    ReplyDelete
  8. Anon 7:21 Am 7.3.13

    Saya tak tengok presscon tu. Tapi saya tengok gambar. Mukanya keruh semacam ketika mempamirkan gambar tu. Apa pun selebihnya hanya Allah dan Malaikat yang tahu selain saksi yang dibisukan-kalau adalah

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum..berdoa jer semoga masalah ni cepat selesai. usah la nak bersangka yg buruk-buruk...sampaikan body language pun jd satu isu. kalau kta kt tempat dia (press con yg besar n serius) entah ape gak nye body language yg kta tunjuk. Kerja menuding jari kt org lain ni mmg senang..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa