Kang kena gantung, kena denda baru tau!
Jangan cuba menegur 'the untouchable'
Menteri minta FAM kaji semula sistem pengadilan
09/03/2013 8:32pm
KEMAMAN — Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengkaji semula mutu pengadilan yang sering menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pasukan dan kelab yang bersaing dalam Liga Malaysia musim ini.
Beliau berkata ramai pihak kini rancak mempertikaikan kualiti pengadil musim ini selepas ramai pemain dilayangkan kad merah sehingga memaksa sesetengah pihak termasuk penyokong mengeluarkan kenyataan mengkritik FAM.
"Saya bimbang sekiranya terlalu ramai pemain yang dilayangkan kad merah hanya kerana berlaku sedikit kesilapan, selepas ini tidak ada lagi pemain yang ingin menyertai saingan liga berkenaan,” katanya di sini, hari ini.
Shabery berkata pihaknya tidak mempertikaikan keputusan pengadil dalam sesuatu perlawanan tetapi ingin mahu FAM melihat semula kualiti sistem pengadilan secara menyeluruh.
Sejak akhir-akhir ini, kualiti pengadil dalam saingan Liga Malaysia semakin menjadi perhatian apabila keputusan mereka dalam beberapa perlawanan sering menimbulkan rasa tidak puas hati pasukan dan penyokong. — BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa