Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 7, 2013

Filipina Akan Mengambil Tindakan Sendiri Terhadap Kiram

Filipina sedia dakwa Kiram
Harakahdaily,07 Mac 2013
MANILA: Jabatan Kehakiman Filipina (DOJ) dilaporkan telah mengarahkan Biro Siasatan Negara (NBI) untuk menyediakan kertas siasatan lengkap bagi kes membuat pendakwaan terhadap Sultan Sulu Jamalul Kiram III dan pengikutnya yang telah menceroboh Sabah.
Laporan portal ABS-CBN menyerbut, tindakan itu dibuat selepas Kiram memohon untuk melakukan gencatan senjata secara unilateral susulan kematian sejumlah pengikutnya di tangan pasukan keselamatan Malaysia. 

Portal itu memetik Setiausaha Kehakiman Leila de Lima pada satu sidang media berkata, NBI kini dalam proses mengumpul maklumat dan bukti terhadap Kiram dan pengikutnya.

"Arahan Presiden: menyediakan caj yang lengkap... keutamaan, sudah tentu memfailkan kes di sini, di Filipina."

"Fokus NBI sekarang adalah penyiasatan. Keutamaan NBI adalah untuk menentukan caj dan untuk mengumpul bukti, tuduhan melanggar undang-undang Filipina. Jadi itulah apa yang kita lakukan," katanya.

De Lima sebelum ini telah mengumumkan bahawa kumpulan Kiram boleh dikenakan pendakwaan atas kesalahan pelanggaran Perkara 118 (menghasut kepada peperangan atau memberi motif untuk tindakan balas) Kod Semakan Keseksaan, memiliki senjata api secara haram, pelanggaran itu pengharaman senjata pilihan raya, dan perhimpunan haram, antara lain .

Beliau juga dilaporkan berkata akan mengkaji kemungkinan membenarkan kerajaan Malaysia untuk mengekstradisi memohon ekstradisi Jamalul Kiram III bagi pelanggaran undang-undang Malaysia.

Sementara itu, dalam perkembangan terbaru, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi menolak gencatan senjata unilateral yang diisytihar Kiram tengah hari ini, sebaliknya mahu pengikut "sultan Sulu" di Lahad Datu itu menyerahkan diri.

"Gencatan senjata satu pihak tidak diterima oleh Malaysia kecuali kalau militan menyerah diri tanpa syarat.

"Jangan percaya tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Dalam kepentingan rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan," tulis Ahmad Zahid dalam Twitter.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa