KUALA LUMPUR 7 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seolah-olah hendak menjadi hero dalam konflik di Asia Tenggara sedangkan gagal memahami situasi politik di rantau ini, kata Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Khatab.
Beliau merujuk tindakan Najib yang terlibat dalam perjanjian antara kerajaan Thailand dengan Barisan Revolusi Nasional (BRN), kumpulan pemisah di selatan Thailand, 28 Februari lalu.
Sebelum itu, pada Oktober tahun lalu, Najib menjadi penganjur kepada perjanjian kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), yang dikatakan antara punca krisis di Lahad Datu.
“Kita seolah-olah hendak menjadi juara dalam isu ini, sedangkan kita tak tahu apa dinamik politik dan pergolakan yang berlaku di Mindanao dan selatan Thailand,”
“Apakah kita (Malaysia) nak jadi hero atau Pak Sanggup sebagai orang tengah?,” katanya yang juga Pengerusi Majlis Rundingan Keselamatan KEADILAN.
Katanya, ketika negara sedang dibolosi penceroboh dari Selatan Filipina, Najib masih mahu menunjukkan kepada dunia kononnya mampu menyelesaikan konflik dan menganjur keamanan di Selatan Thailand.
Terdahulu, portal berita Filipina, Inquirer Globalnation, sebelum ini melaporkan, Sultan Sulu, Jamalul Kiram III menghantar kumpulannya ke Sabah kerana kecewa diketepikan dalam perjanjian damai antara Manila dan MILF.
Tragedi itu yang kini masuk minggu ke empat menyaksikan lapan anggota keselamatan negara terkorban.
umno telah dianugerahkan seorang ketua parti yg tolol sama dgn ahli2nya yg lagi lebih tolol
ReplyDelete