EKSKLUSIF Bukan sahaja penyalahgunaan lesen pembalakan oleh keluarga dan rakan niaga ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, modus operandi haram mereka untuk mengelak daripada cukai dan syarat supaya 51 peratus daripada saham terdiri daripada pegangan tempatan turut didedahkan.

Dengan menyamar sebagai "pelabur asing" yang berminat untuk membeli tanah untuk tanaman kelapa sawit, penyiasat yang dihantar oleh Global Witness itu mengunjungi satu badan kerajaan negeri yang bertanggungjawab menangani pelaburan asing dan terus dirujuk kepada anggota keluarga Taib yang tertentu.

Salah satu syarikat tersebut ialah Ample Agro Sdn Bhd, yang mana enam pemegang sahamnya ialah para sepupu Taib dan kesemua anak perempuan kepada bekas ketua menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Ya'akub (kiri).
Individu berkenaan termasuk MP Tanjung Manis Datuk Norah Abdul Rahman serta Khadijah, yang juga merupakan ipar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Enam beradik tersebut mengawal syarikat RM2 tersebut melalui satu syarikat pegangan dinamakan Sateras Holdings Sdn Bhd. - sumber mk
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa