Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata pasukan keselamatan kita memperluaskan kawasan operasi bagi memburu penceroboh yang lolos dari Kampung Tanduo ke kawasan berhampiran.

“Pasukan keselamatan sedang mengesan pergerakan mereka dan akan mengambil tindakan untuk respon kepada situasi.

“Kemungkinan pembersihan dan penggeledahan ini terpaksa diperluaskan dari sasaran asal, memandangkan terdapat tanda-tanda bahawa penceroboh telah bergerak ke satu lokasi yang lain,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.