Polis Filipina: Tiada rancangan tangkap kumpulan Sulu jika pulang
OLEH CLARA CHOOI
PENOLONG PENGARANG BERITA
MARCH 08, 2013
OLEH CLARA CHOOI
PENOLONG PENGARANG BERITA
MARCH 08, 2013
LUMPUR, 8 Mac — Pasukan polis Filipina tiada rancangan untuk menangkap atau menahan penceroboh yang mengakui “Tentera Diraja Sulu” sekiranya mereka pulang ke Filipina, serta menegaskan penceroboh tersebut telah melanggar undang-undang di Malaysia.
Ketua Polis Manila Alan Purisima dilaporkan berkata dalam laman berita ABN-CBS semalam bahawa pasukan polis yang dihantar ke Tawi-Tawi pagi ini hanya bertujuan untuk memastikan “keselamatan orang awam”.
Tentera Diraja Sulu tersebut dikatakan mempunyai pengkalan kem di Tawi-Tawi dimana mereka sedang menunggu berita dengan penuh debar tentang nasib rakan mereka di Lahad Datu yang bertukar menjadi zon konflik ketika ini.
“Jenayah telah dilakuka di Malaysia. Pendakwaan wajar difailkan di Malaysia,” kata Purisma yang dipetik dalam laporan berita tersebut.
ABN-CBS juga melaporkan Purisma telah menjalankan sidang arahan di pejabat polis wilayah Tawi-Tawi sebelum menuju bertemu dengan tentera diraja di kepulauan Siminul bagi memantau situasi keselamatan.
Tentang kemungkinan perlanggaran seperti yang dikatakan oleh Presiden Filipina Benigno Aquino III yang mendakwa Sultan Sulu Jamalul Kiram III dan pengikutnya telah melakukan kesalahan jenayah, Purisma berkata perkara tersebut masih lagi dikaji.
“Jika tiada sesiapa yang datang tanpa senjata, bagaimana untuk kami tangkap mereka begitu sahaja,” soal beliau.
Laporan tersebut juga berkata Purisma menekankan tentang misi pasukan polis dilokasi tersebut bagi menjaga keamanan dan ketenteraman sekitar Selatan Filipina, yang mana ketika ini berhadapan kekurangan bekalan asas dan peningkatan harga barang.
Semalam, The Malaysian Insider melaporkan Aquino mengatakan pentadbirannya mahu menghukum Jamalul Kiram III dan orang-orangnya di Filipina sebelum mengekstradiksi Sultan Sulu itu ke Malaysia untuk didakwa diatas pertuduhan menjadi perancang terhadap pemberontakkan bersenjata di Sabah.
Saluran televisyen ABS-CBN News melaporkan presiden Filipina berkata negara tersebut tidak mempunyai perjanjian ekstradiksi dengan Malaysia tetapi terdapat mekanisme lain yang membolehkan Jamalul diekstradiksi seperti persetujuan bersama bantuan guaman di bawah ASEAN.
Menyokong saranan itu, Menteri Undang-Undang Leila De Lima dilaporkan berkata kepada The Philippine Inquirer, mendakwa Jamalul lebih menjadi keutamaan kepada kerajaan Filipina daripada menghantar beliau ke Malaysia untuk berhadapan dengan lebih banyak pendakwaan jenayah.
Akan tetapi beliau mengatakan pemerintah masih memperlajari kemungkinan untuk mengekstradiksi lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Sulu itu — dikatakan bertanggungjawab terhadap pertempuran berdarah di Sabah.
“Kami akan mengkaji (ekstradiksi) tetapi keutamaan sekarang adalah untuk memfailkan kes di sini. Kita tidak mempunyai perjanjian ekstradiksi dengan Malaysia tetapi mungkin terdapat mekanisme yang boleh digunakan,” De Lima dilaporkan berkata.
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman mencadangkan semalam kemungkinan untuk memohon ekstradiksi Jamalul, yang mana 200 orang askar bersenjatanya telah menceroboh Lahad Datu di Sabah semenjak 9 Febuari.
Penceroboh bersenjata tersebut diketuai oleh adik Jamalul, Agbimuddin Kiram.
Kekecohan timbul di Lahad Datu pada Jumaat lalu apbila pasukan keselamatan Malaysia dan militan Sulu terlibat dalam pertempuran bersenjata yang menyebabkan 20 orang maut termasuk lapan polis Malaysia.
Ekoran itu, pasukan keselamatan di sini bertindak membalas serangan militan Filipina pada Selasa lalu secara habis-habisan, menandakan Putrajaya bertindak tegas terhadap kumpulan lelaki bersenjata yang menceroboh.
Hanya beberapa jam sebelum jet pejuang masuk ke Kampung Tanduo di Lahad Datu untuk menggugurkan bom dan melepaskan tembakan meriam ke atas pemberontak, pegawai tinggi kerajaan dari Malaysia dan Filipina bermesyuarat bagi mencari kemungkinan untuk menamatkan kebuntuan secara aman
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa