Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 11, 2013

Nampaknya Telahan Saya Nampak Nak Mengena!

Kuasa ketiga di belakang mereka?
Baca di sini dan sini dan sini

Zaini: Ceroboh Sabah langkah awal gugat Malaysia

KUALA LUMPUR - Bekas Panglima Tentera Darat,  Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd. Said mendakwa pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah merupakan permulaan untuk mengucar-kacirkan negara, yang cuba dicetuskan pihak tertentu demi kepentingan tertentu.

Sehubungan itu kata beliau, perkembangan terbaru ini akan memberi impak kepada politik, ekonomi, sosial dan aspek keselamatan jika pihak berkuasa tidak menangani dengan segera dan leka.

Beliau juga berkata, perkembangan di Sabah itu memberi gambaran akan ada perkara lebih besar, yang cuba digerakkan oleh pihak tertentu untuk menggugat negara, seakan peristiwa Al-Maunah lebih satu dekad lalu.

"Ini adalah permulaan untuk mengucar-kacirkan negara dan memberi impak kepada ekonomi, politik, sosial dan sudah semestinya keamanan negara.

"Dari segi politiknya, mesti ada orang belakang di sebalik penceroboh ini, kita tengok mereka memang tidak mampu untuk bergerak sendiri, Sultan Kiram yang didakwanya juga mengakui miskin... jadi bagaimana mampu mereka bergerak sendiri," kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan ceramah bertajuk Dalang Pengganas Lahad Datu Ancaman Keselamatan Negara, di sini malam tadi.

Difahamkan, kemungkinan dalang tersebut adalah kuasa ketiga yang ingin merampas negara atau dipergunakan untuk kepentingan tertentu.
Sebelum ini, beberapa pihak mengaitkan pemimpin Pakatan Rakyat dengan insiden tersebut.

Sehubungan itu, kemungkinan dalangnya juga mungkin berada dalam negara demi kepentingan politik.

Dalam pada itu, Presiden Jaringan Cina Malaysia, Ng Lam Yong mendakwa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang menjadi perhatian negara tahun lalu, membiayai AS$2 juta (RM6 juta) kepada kumpulan penceroboh dari Sulu bagi menceroboh Sabah.

Menurutnya lagi, bantuan kewangan daripada NGO kepada kumpulan penceroboh dari Filipina itu disahkan oleh rakannya dari Manila.

"Saya terima e-mel dari rakan saya yang berada di Manila hari ini, isi kandungan e-mel itu memberi tahu bahawa kejadian di Lahad Datu itu dibiayai oleh sebuah NGO dari Malaysia dan telah menyalurkan AS$2 juta untuk tujuan pencerobohan," kata beliau pada ceramah tersebut.

Oleh itu kata Lam Yong, yang juga antara bekas pengasas PKR, tidak mustahil pihak pembangkang menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku di Sabah.
Lam Yong turut menyatakan bahawa sanggup disaman mana-mana pihak kerana apa yang beliau katakan mengenai isu tersebut adalah benar.

4 comments:

  1. jangan jadi bodoh,buat laporan polis dan siasat Anwar.Jgn asyik buat fitnah saja 24 jam sehari.Apa BN ni dah tk ada kerja lain selain buat fitnah

    ReplyDelete
  2. dah lama dah BN ni buat kerja fitnah ni.....nko memang lupe ke buat2 lupe anaon 2:34PM. Sebijik perangai amnongek.....

    ReplyDelete
  3. Apsal pulak Anwar yang perlu disiasat??? Orang lain yang beri ic, orang lain yang janji beri tanah apasal Anwar pulak yang perlu disiasat? Sebab dia nyanyi 'Tanya Sama Najib?'

    Nak siasat, siasat Najib, dia yang memang terlibat secara khusus di Selatan Filipina. Dia yang ada hubungan langsung dengan penceroboh-penceroboh ketika dalam usahanya untuk mewujudkan Perjanjian Damai antara Selatan Filipina dengan Manila. So dia lebih berhak disiasat di dalam perkara ini. Dialah yang perlu bertanggungjawab atas pemasalahan yang timbul di Lahad Datu sekarang. Dia berikan kedamaian antara Selatan Filipina dan Manila, tapi timbal balasnya adalah kekacauan di Sabah. Tak dak akai punya perancangan damai.

    Mahathir juga perlu disiasat hubungannya dengan pemberian ic. Inilah punca kepada masalah yang berlaku di Sabah sekarang.

    Nasihat aku, abaikan sahaja rancangan perjanjian damai di selatan Thai yang dirancang untuk mendamaikan PULO dan Bangkok. Bimbang kelak berlaku pula pencerobohan di utara Semenanjung Malaysia. Anwar juga yang akan dituduh dan disiasat.

    Pakai akailah UMNO oooi.

    ReplyDelete
  4. Si Zaini ni lah barua kepada mahathirkutty masa kes al maunah dulu....diangkat oleh kerajaan masa tu kononnya wira yang menyelesaikan konflik di Sauk itu dan diberikan pangkat Dato' Seri kerana kerajaan nak tutup mulut agar tidak mendedahkan sandiwara yang dirancang dan dipentaskan oleh mahathir ketika itu..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa