Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 12, 2013

Republish: Sultan Negeriku Buat Kejutan.....

Tuanku Sultan membuat kejutan kepada ahli qariah Masjid Mukim Gunong dengan Tuanku Sultan memandu sendiri kemasjid pada waktu Solat Asar yang kebetulan Tuanku Sultan lalu di Kampung Gunong dari Bachok, Tuanku Sultan tidak memberitahu kepada mana-mana pegawai dan imam masjid tentang kehadirannya untuk solat di masjid tersebut.

Imam hanya sedar bila Tuanku Sultan bergegas pergi mengambil wudu' dan pada waktu itu kelihatan pegawai-pegawai Tuanku Sultan dan jawatankuasa masjid keresahan kerana tidak ada persediaan langsung bahkan tidak dihamparkan karpet kuning dan sejadah berwarna kuning kepadanya kerana tidak bersedia. Sungguh, sangat bersederhana Tuanku Sultan dan memahami raut wajah imam yang keresahan, Tuanku Sultan bersalam seolah-olah mahu menenangkan.
 - sumber fb

7 comments:

  1. Subhanallah!!!! Mahasuci Allah Tuhan Yang Maha Luas KerajaanNya... semoga Allah merahmati baginda Tuanku melindungi kejaan Tuanku dari musuh2 Islam... Amin...

    ReplyDelete
  2. Salam

    Napok gambar kapet,dinding & pintu supo di masjid telipot..

    Hurm..

    ReplyDelete
  3. manusia yang dipimpin lain dengan manusia yang rasa besar diri

    ReplyDelete
  4. ini jela sultak mesia nih yg boleh diharap
    yg lain..... lu pikir la sendiri

    ReplyDelete
  5. Allahu Akbar...
    Allahu Akbar...
    Allahu Akbar...

    Tuanku Sultan ambo jugok nih.


    ReplyDelete
  6. Anon 6:33 PM

    Bukan Masjid Telipot, saya tinggal di Telipot

    ReplyDelete
  7. Bila membaca berita tentang sultan kelantan ni, mudah benar air mata keluar. syukur pada allah. bertuah rakyat kelantan mempunyai sultan yang sebegini luhur...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa