Kalau pun nak tutup sifat tamak dan kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku
Carilah alasan dengan tidak mengaibkan kawan dan sekutu
Macam ni kah orang berkawan?
Ajaran Islamkah ini?
Itulah sifat orang di sana
Aku dah kata, aku lama kat Kuala Terengganu!
22 APRIL ― Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) begitu terkilan dengan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkenaan dengan kenyataannya semalam yang seolah mahu menghancurkan tahaluf siyasi yang dibina selama ini.
Tindakan yang kononnya mahu menyelamatkan Pakatan Rakyat itu sebenarnya tidak berasas. PAS tidak sepatutnya melakukan perkara yang menghancurkan persefahaman.
Sekiranya ada calon yang menjadi “pengedar dadah”, buat sahaja laporan Polis dan kemukakan bukti. Tak molek sekiranya bercakap kosong dan bertindak sebegini.
Hadi juga seharusnya menghormati dan tidak menghina fahaman orang lain, Islam menyebut bahawa “tiada paksaan dalam beragama” malah dalam alkafirun, allah menggesa umat islam menghormati pegangan orang lain.
Berkenaan dengan isu gambar Karl Marx, Stanlin dan Lenin di dalam bilik gerakan, kami tidak rasa ada sebarang masalah kerana kesemuanya merupakan tokoh dalam perjuangan menegakkan negara yang berlandas kebajikan sosial.
Tindakan ini sama sahaja seperti menggantung gambar Tuan Guru Nik Aziz dalam bilik gerakan, apa bezanya?
Kalau pun ada calon yang menganut fahaman komunis, Hadi sepatutnya rasa “bangga” kerana Islam sendiri meletakkan kesamarataan dan keadilan di tempat yang tinggi. Mungkin Hadi patut buka sejarah semula mengenai gerakan komunis di malaysia dalam usaha kemerdekaan negara.
Hadi sepatutnya meraikan kepelbagaian idea dalam negara demokrasi ini, bukan memaksa orang lain berfikir dalam satu acuan sahaja. Islam sendiri meraikan kebebasan berfikir apabila dalam al-Quran berulang kali menyebut “Afala Taqqilun” (tidakkah kamu menggunakan aqal?) dan “afala tatafakkarun” (tidakkah kamu berfikir?)
Jika perkara ini terjadi, memang sah Malaysia tidak akan ubah seperti zaman pemerintahan Dr Mahathir Mohamad bila mana rakyat dikekang daripada berfikir dan bercakap sehingga wujud budaya takut atau “culture of fear” sehingga tercipta istilah Mahathirisme.
Kami mohon supaya Hadi menarik balik kenyataannya sebelum terlambat bagi menjamin kesejahteraan bersama.
* Khalid Ismath ialah presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) - sumber
Laporan berkaitan - Hadi Dakwa Calon PKR Dikalangan Pengikut Marxisme, Pengedar Dadah
Laporan berkaitan - Hadi Dakwa Calon PKR Dikalangan Pengikut Marxisme, Pengedar Dadah
Khalit ismath ni golongan pelampau. dengarnya syiahh.. kena hati2 denagn orang mcm ni.. jgn quote kata2nya kerana merosakkan orang lain. buang dia jauh2
ReplyDeleteTGH Hadi, tak payah nak perduli dgn mamat syiah sekor ni.... Barua ni dah memang kurang ajar. Pssst minta unit amal tlg tgok2kan sikeparat ni.
ReplyDeleteSalam Uncle;
ReplyDeleteDan sebab itulah juga Kerajaan PAS Terengganu dulu bertahan untuk satu penggal jer..., lepas tu bungkus... hahahaha...
Sebab nak ikut acuan ekstrimis diorang jer...
Damage has been done, sir.
ReplyDeleteterlajak kapal selam boleh berundur(?), terlajak mengata kawan munafeeq namanya.
Memang betul apa yang Haji Hadi kata tetapi masalahnya yang bercakap tentang tiada paksaan dalam agama faham atau tidak maknanya. Ayat itu bukan untuk penganut agama lain dan masalah gambar itu bila melibatkan umat Islam tanpa mengira hebat mana semasa hidup mereka dalam perjuangan. Apa lu ingat tak ramai ker gambar tokoh perjuang Islam, dia nak jaga lu akidah pasal lu masih mentah dari mendewa-dewakan tokoh yahudi. Kalu lu agama lain lu punya pasal ler dan memang gua setuju dia tegur kerana jatuh hukum wajib baginya menegur. Pasal pil kuda, lu all jangan tipu gua ler memang ada tapi majoriti jer yang layan lentuk yang lu mengamuk ape hal, barang tak sampai ker tak masuk lagi bro.
ReplyDeleteassalam stelah melihat video tghadi nampak sangat beliau x cerdik bersiasah siasat dan bermesyuarah dulu dengan parti kawan ....sblum kuar statement....dengar aduan tanpa bukti terus jump d gun....x taulah den mentaliti glngan bilonak nak berubah.....kalu x do c nuar tu jgn harap nak dapek pluang ke omasan ni..x do setiokawan langsung....tamak jo lobih...
ReplyDeleteSalah 1 contoh keburukan demokrasi......
ReplyDeletebergaduh sama sendiri tak ada gunanya, musuh sudah sedia utk menyerang!
ReplyDeleteTGHH tuu prihatin perkara berkenaan tidak sesuai dgn amalan org Islam, mohon kemenangan kpd Allah, tapi akhlak tak terjaga. Dia juga bimbang kes negeri Perak akan berulang disebabkan calun berpaling padah.
Cuma seeloknya dibawa bincang dgn atasan, kerana tersebar di TV maka dijadi wadah buruk oleh lawan.
Dia kempunan nak jadi PM. Tulah statement ikut suka dia aje. Tak usul periksa pasal implikasi kedian hari
ReplyDeleteMaaf yea...
ReplyDeleteMemang nampak jelas tanpa bersuluh Presiden PAS ini masih mentaliti mentah dan harus sedikit sebanyak belajar dari Nurul Izzah.
Harap harap, pengundi jangan tinggalkan PAS dan Pakatan Rakyat walaupun di kawasan TG Hadi menjadi calon.
Memang ada perbezaan air muka bagi mereka yang bijak cerdik, dan mereka mereka yang tidak matang.
Sedih tapi benar.
Khalit ismath
ReplyDeleteBerhujah xkena acuan
Bahaya pemimpin mcmni
Awas Islam liberal!
Khalit ismath
ReplyDeleteHang ingat hang cerdik sangat ke?
Pakai dalil dan akal semberono!
“Afala Taqqilun” (tidakkah kamu menggunakan aqal?)
ReplyDeleteKalau taip pun dah salah, lagi-lagi taip ayat Al-Quran, rentikanlah komen2 awak ni, ayat suci jgn dipermainkan...
mangkuk ismath ulam raja ni bangang tapi perasan cerdik.. kalau pegi report polis.. confirmla umno menang tanpa bertanding.. bodohh.. aku rasa TGHH memang bijak
ReplyDeleteBerhati hati mengeluar kenyataan..jgn sampai menguris hati kawan dan bagi peluru kpd musuh.Dlm politik byk ptng lrng nya.Tak kan lah tak fhm2 dah betaun2 berpolitik.
ReplyDeletepunya ramai back up TGHA..
ReplyDeleteAku hormat ilmuannya.. tapi cara dia berpolitik sangat lemah...
Hnya mampu istighfar. Nak dibuang mati mak, nak ditelan mati bapak. ada jin masuk bdn dia ni agaknye. Tu yg dia ikut perasaan. Wallahualam. Apepun maafkan lah dia. Sblum ni ak rase memang pakatan boleh menang kali ni. Tp baru 3 hari kempen ak nmpak sume dah brubah. Secara jujur ak da x yakin dgn pakatan ini. Kalaulah pas x bersama dap sume ni x kan trjdi.hmm. entahlah. Kecewa. Nak pangkah mane pun ak x tau. Ak rase nanti ak masuk dlm list peratusan x kuar mengundi kot.
ReplyDeleteBiasalah TGHH. Dulu pun dia penah sound kat Kit Siang, ubat tamat tempoh, aleh2 dia yg ilang negeri...hahaha...Dia cerdik bab agama tapi dia bodoh dlm politik. Manusia ni bila terlalu di puja dan sanjung melebehi dri sepatutnya maka manusia terlalu berasa dirinya sentiasa benar. Pengikut2nya akan sentiasa mempertahankan 'tuan' walaupun jelas salah. Ini umum bkn hanya kepada TGHH saje, Jgn salah faham. Kamu lihat Mahathir, akibat terlalu di sanjung di puja maka dia jadi besar kepala. Begitu juga Anwar yg x kurang hebatnya pemuja2 dia. Begitu juga dgn pengikut2 Al Arqam melihat Abuya mereka Ashaari Muhammad...sbb itu, kita jgn terlalu taksub sesama manusia kerana kalau kita benar2 sayang kepada pemimpin, yg salah kita kata salah, yg benar kita kata benar. Pemimpin kita manusia biasa. X maksum. Jgn jadi munafik.
ReplyDeleteBhai MountDweller...
ReplyDeleteKalu Dr Nasir yang mengeluarkan statement fitnah tue... gua tak terkojot sebab dier sosialis... tapi nih siap Geng Rusila puja puji sebagai Tok Guru rupanyer yang keluarkan statement fitnah... aper cer...
Sori la.... gua kureng respek orang yang kununnyer ader banyak ilmu agama tapi senang-senang jer bawak fitnah... aper daaa..
Salaam Saudaraku,
ReplyDeleteTGHH banyak ilmunya, tapi banyak juga silapnya.
Kehebatan berpolitik bukan pada ilmunya, tetapi cara dan ketika dia menggunakan ilmunya.
Mungkin caranya betul, tetapi ketikanya silap. Mungkin ketikanya betul tetapi caranya silap.
Hakikatnya, TGHH terlalu dipengaruhi emosi.
Haaa...elok la tu... sma2 bangang.. dh nama pun pr.. sma je pkr dgn pas..2x5 yg cerdik ckit dap... bangang btingkat2....hahahaha. .
ReplyDelete