Ko tengoklah kecederaan parah di kaki dia nih
Aku ingatkan kaki dia putus - luka main bola pun lebih parah!
Tengok pula laporan menipu kat bawah ni
Betulkah 3 ribu orang?
Rupanya dua biji bom?
Dari dari segi moral dan keselamatan, kenapa harus emosional dan ganas sehingga mencederakan orang hanya kerana fahaman politik?
Bertamaddunlah sikit!
Kita bukannya dalam dunia gila macam Afghanistan atau Sudan. Keharmonian dan keselamatan kita semua di tangan kita. Pasukan Keselamatan membantu kita. Kenapa semua ini harus terjadi?
Bagi aku tak kiralah sape pun punya angkara dan kcederaan ringan atau berat, atau pun tak ada kecederaan, tetap itu adalah perbuatan jahiliah dan mesti dikutuk!
Tak kiralah perbuatan ini kerana dendam atau nakkan mileage politik atau nak mendorong simpati massa dan kebencian, ianya tetap terkutuk!
Tak usahlah cuba terapkan politik gila babi atau politik jakun di negara ini...
Petugas cedera dalam insiden letupan di ceramah BN
Seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan akibat terkena bahan letupan ketika majlis ceramah perdana anjuran Barisan Nasional (BN) berlangsung di pekarangan Bilik Gerakan BN Nibong Tebal di Nibong Tebal malam tadi.
Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata mangsa berusia 30-an itu dikejar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilapor stabil.
Beliau berkata polis sedang menyiasat punca sebenar kejadian yang berlaku pada 10.15 malam itu, dan tidak menolak kemungkinan ia perbuatan khianat.
"Kita telah arahkan Unit Bom dan Forensik untuk menyiasat jenis letupan yang digunakan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Abdul Rahim berkata hasil siasatan akan dimaklum secara terperinci pada satu sidang akhbar secepat mungkin.
Terdahulu, majlis yang dihadiri 3,000 orang itu menjadi kecoh apabila orang ramai bertempiaran lari selepas terkejut mendengar satu letupan kuat pada jarak kira-kira 10 meter dari bahagian belakang pentas ucapan.
Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan sedang menyampaikan ceramah.
Bagaimanapun, majlis yang bermula pada 8.30 malam itu diteruskan seperti biasa dengan kawalan ketat anggota polis dan berakhir pukul 12.30 malam.
Sementara itu, beberapa saksi kejadian yang berada berhampiran pentas ketika ditemui berkata mereka terkejut mendengar letupan kuat berkenaan dan masing-masing berlari menyelamatkan diri.
Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Micheal, 39, berkata sewaktu kejadian, beliau baharu tiba di lokasi kejadian dan hanya sempat mendengar ceramah kira-kira 10 minit sebelum terkejut dengan letupan itu dan menyelamatkan diri bersama isterinya.
Katanya, letupan itu sangat kuat seperti bom menyebabkan semua orang terkejut dan suasana menjadi riuh rendah sebelum beliau ternampak seorang lelaki cedera dan dibawa ke hospital.
Seorang lagi saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 58, berkata letupan itu dari longgokan sampah di belakang pentas.
"Letupan itu menyebabkan sampah berterbangan sehingga terpercik dan mengotori beberapa buah kenderaan, mujurlah serpihan bahan letupan itu tidak mengenai saya," katanya.
Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow pula menyifatkan insiden itu mencemar nama baik demokrasi dan mahu segala bentuk amalan politik yang menjurus ke arah keganasan dihentikan serta-merta.
"Kita tidak mahu semasa tempoh berkempen ini ada rakyat atau pengundi yang cedera, dan saya nasihatkan semua parti bertanding dapat mengawal emosi penyokong kerana kita tidak mahu peristiwa sebegini berulang lagi," katanya.
Antara barisan penceramah pada majlis itu ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman, Ketua Wanita MCA Tan Cheng Liang dan Pengerusi Perhubungan Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Dr Loga Bala Mohan.

hang jangan nak muhong la zainal abidin osman oii..kalu btl ada bom ke 2,tmpat smpah 2 mesti x bleh org ramai hampir.tempat sampah 2 mesti ada police line..bodoh x bertempat!
ReplyDeletehahahaha...
ReplyDeleteumpan dah nak mengena...
ada kaitan ke ngan amaran kak jat dan si madet penghina nabi??
jom kita pakat2 doa.. moga orng yg buat perkara tu tidurnya tak tenang.. hidupnya tak aman selagi dia tak memberi tahu perkara sebenar kepada umum.. amin..
biduk sedang di gerakkan wahai kawan.. buka mata/teling dan aqal luas2..